KELANTAN KENA BAYAR SYARIKAT IKLAN RM1.2J
Mahkamah Persekutuan
di Putrajaya hari ini menolak permohonan kebenaran merayu dikemukakan kerajaan
Kelantan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tuntutan sebanyak
RM1.2 juta oleh syarikat Laduni Services Sdn Bhd (Laduni Services).
Keputusan sebulat
suara itu diputuskan panel tiga hakim terdiri daripada Nallini Pathmanathan,
Zabariah Mohd Yusoff dan Vazeer Alam Mydin Meera.
Kes itu membabitkan
pertikaian mengenai perjanjian perkhidmatan pengiklanan dalam pesawat dan livery pesawat.
Sebelum ini,
Mahkamah Tinggi Shah Alam memihak kepada kerajaan Kelantan dengan alasan bahawa
perjanjian tersebut terbatal akibat doktrin kekecewaan di bawah Seksyen 57(2)
Akta Kontrak 1950 berikutan kesan pandemik Covid-19 dan perintah kawalan
pergerakan (PKP).
Namun, Mahkamah
Rayuan pada 17 Mac lalu mendapati kontrak
tersebut tidak terbatal kerana semua kewajipan di bawah
perjanjian telah disempurnakan sebelum PKP dikuatkuasakan.
Selain itu Mahkamah Rayuan turut memerintahkan kerajaan
Kelantan membayar kos guaman sebanyak RM30,000 kepada Laduni Services.
No comments:
Post a Comment