January 22, 2009

Projek Bekalan Air

Permatang Pauh - YB Mohammad Fairus, TKM1 Pulau Pinang merangkap ADUN Penanti merasmikan projek bekalan air kepada 18 keluarga di Kampong Telok Wang, Penanti yang tidak mendapat bekalan air bersih akibat status tanah yang dididuduki dan masalah kewangan. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Puan Masirah Che Ali, Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh Encik Che Mat Hashim, Ketua Wanita Puan Khatijah, Ketua Angkatan Muda Encik Amir Ghazali dan Jawatankuasa Bahagian.

18 keluarga Kampong Telok Wang menggunakan perigi selama hampir 50 tahun sebagai sumber bekalan air utama. Mereka hanya dapat melihat jiran-jiran sekeliling menikmatinya pembangunan kemerdekaan selama ini. Bantuan ini sebagai tanda keperihatinan kerajaan negeri kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Penerima bantuan terdiri dari berbagai kaum yang tinggal di Kampong Telok Wang, yang majoritinya masyarakat Siam.


Peruntukan ADUN Penanti sebanyak RM24000 termasuk segala urusan pemprosesan, bil diuruskan oleh Pejabat ADUN Penanti.

Dalam majlis yang sama YB Fairus menerima borang keahlian dari penduduk perkampungan Siam sebagai tanda sokongan mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dipetik dari LAMAN REFORMASI

No comments:

Post a Comment