RASUAH RM5 JUTA DAN LAMBORGHINI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki
menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta dan kereta mewah jenis Lamborghini
melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
Menurut sumber, bekas menteri
terbabit datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi dirakam
keterangan dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah
berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan
seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era
Covid-19 berada dalam radar siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu
berkhidmat di sebuah kementerian, membabitkan pemindahan sebidang tanah milik
kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
No comments:
Post a Comment