SERANGAN GLOBAL TERHADAP TALIBAN
Kenapa Amerika menyerang dan berundur dari Afghanistan? Ia bermula isu 9/11 atas nama melawan keganasan. Kesempatan konspirasi tersebut telah menghalalkan Amerika utk menyerang Iraq dan Afghanistan. Maka segala tindakan Amerika dilihat sebagai penyelamat kpd negara tersebut. Lihat bijakkan bagaimana mereka menghalalkan cara dgn melahirkan persepsi kpd masyarakat dunia dgn putar belit sejarah yg dicipta oleh barat.
Pelbagai hujah mengatakan mereka tewas kerana budaya rasuah yg diamalkan oleh Amerika kpd pemimpin dan pegawai2 Afghanistan. Ada mengatakan Amerika telah membuat perjanjian damai dgn Taliban. Faktor utama Amerika meninggalkan bumi Afghanistan adalah kerana pembelanjaan yg terlalu besar. Mereka bukan tewas berperang. Amerika telah membelanjakan melebihi RM 2 trillion sejak 2002 utk tujuan ketenteraan dan pembangunan Afghanistan. Malah lebih 2 ribu tentera Amerika mati dan lebih 20 ribu cedera sepanjang tempoh 20 tahun tentera Amerika di bumi Afghanistan.
Amerika bermain persepsi menggunakan hak asasi wanita dlm perang psikologi terhadap Taliban 1.0. Begitu hebat barat menggunakan media utk memanipulasi bagi melahirkan persepsi. Sedangkan berapa ramai wanita Afghanistan dan Iraq dirogol oleh tentera Amerika dan kanak2 mati disembunyikan.
Org kita ramai yg tidak tahu Taliban juga dibiayai oleh Amerika. Sepertimana dahulu sewaktu Jepun menjajah negara kita, British telah menyalurkan bantuan senjata kpd komunis utk menentang Jepun. Begitu juga Tok Janggut yg gambarnya mati tergantung dihukum kerana menentang penjajahan British. Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman itu juga adalah pejuang Melayu yg menentang British. Tapi British tidak kita dijadikan sebagai musuh negara.
Tiap2 tahun bila bulan kemerdekaan yg dimainkan filem atau drama tak habis2 kisah melawan komunis. Kenapa tiada siapa berani membuat filem atau drama mengenai perjuangan Tok Janggut dan Mat Kilau?
Taliban 2.0 berjanji bahawa wanita boleh bekerja, boleh berniaga, boleh pergi ke sekolah dan Universiti. Mengapa kita tidak boleh memaafkan kesilapan ideologi mereka bersifat ektrimis sebelum ini? Sdgkan datuk nenek kita dahulu ditampar atau dipancung oleh tentera Jepun kita boleh melupakannya.
Kisah paling menyayat hati apabila Jepun membawa ribuan org Melayu utk menjadi buruh kasar membina landasan keretapi maut Siam Burma. Lebih 100 ribu terkorban dan ribuan org Melayu mati di bumi Burma atau Myamar skg. Ada yg mati kerana malaria, cirit birit, kelaparan, kaki luka hingga bernanah.
Persoalannya mengapa kita boleh forgive and forget kekejaman bangsa Jepun kpd datuk nenek kita dahulu. Skg kita boleh memuji dan memuja bangsa Jepun seolah tiada dosa mereka kpd datuk nenek kita. Baguslah kita boleh lupakan kisah silam dan maju ke depan.
Cuma cuba bertanya kpd diri kita, mengapa kita hanya membenci komunis sehingga sekarang tetapi bukan kpd bangsa Jepun dan Inggeris? Ini semua adalah kerana persepsi. Jika org Melayu malas membaca dan berfikir apa yg dibaca atau didengar mereka akn mudah terkeliru propaganda pihak2 tertentu…
No comments:
Post a Comment