January 14, 2026


 PERKUKUH HAL EHWAL ISLAM


DS Anwar mengiringi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74


Kerajaan MADANI komited untuk terus memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan berteraskan semangat musyawarah antara negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai dan aspirasi Malaysia MADANI bagi memastikan kesejahteraan umat Islam terus terpelihara, sekali gus menjamin keharmonian negara dalam jangka panjang.

Terdahulu, beliau berkongsi kehadirannya ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Mesyuarat ini mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam merangka keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, sejajar dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

"Titah dan nasihat Tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini," katanya dipetik.

Terdahulu, Sultan Nazrin menegaskan mengenai kepentingan untuk mengangkat dan menghormati keputusan dibuat MKI.

 


No comments:

Post a Comment