KERAJAAN TARIK BALIK RUU PSB
Kabinet
hari ini memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan
Semula Bandar (PSB) 2025 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang
lalu, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dalam sidang
media hari ini, Fahmi yang merupakan jurucakap kerajaan berkata keputusan
tersebut dibuat bagi membolehkan beberapa pindaan dilakukan terhadap RUU
berkenaan untuk “ditambah baik”.
Dia
berkata, kabinet mengambil keputusan itu selepas mengambil kira perbahasan para
ahli Parlimen di Dewan Rakyat, serta maklum balas daripada Umno dan anggota
kabinet yang lain.
“Jemaah
menteri setuju RUU ini ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa
pindaan yang akan diteliti, dibincang dan diputuskan oleh jemaah menteri
(kemudian)
“Ia
seterusnya akan dibentang semula dalam bentuk baru di Parlimen,” katanya.
Fahmi
berkata cadangan udang-undang tersebut akan dihantar semula ke Jabatan Peguam
Negara untuk dipinda dan kemudian disemak oleh kabinet sebelum dibentangkan
semula di Dewan Rakyat.
No comments:
Post a Comment