November 06, 2020

 

 

Alasan naik gaji Adun dan exco tak munasabah. 

 

Wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan kehidupan orang ramai, malah memberi kesan besar kepada dunia pendidikan.

Justeru, keutamaan kerajaan negeri sepatutnya diberikan kepada kesukaran keluarga tidak berkemampuan menampung kos pembelajaran.

Selain itu, kerajaan negeri perlu mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak bagi menangani pengangguran yang kian meningkat.

Tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji wakil rakyat dan exco kerajaan di Kelantan tidak boleh diterima.

Semalam media melaporkan, Adun dan exco Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah, berkata kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.

Malah katanya, wakil rakyat di Kelantan diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka. 

Kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan bantuan pendidikan pada semua peringkat dalam perancangan belanjawan tahun depan.

Pemimpin seharusnya menjadi teladan yang baik kepada rakyat terutama semasa menjalankan amanah membangunkan rakyat.

No comments:

Post a Comment