'Jasa bukan unit propaganda tapi untuk dengar rintihan rakyat'
Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, Jasa adalah untuk memastikan
kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat.
'Jasa bukan unit propaganda tapi untuk dengar rintihan rakyat'
8 Nov 2020
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah kerajaan Perikatan
Nasional (PN) bukan lagi satu unit propaganda, kata Ketua Penerangan Bersatu
Wan Saiful Wan Jan.
"Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas. Peranannya berubah
mengikut situasi semasa. Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini
adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat,
dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari
kerajaan.
"Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah
berakhir,” tulis Wan Saiful di akaun Facebook hari ini.
Wan Saiful menjelaskan bahawa peranan JASA juga telah berubah
mengikut situasi semasa.
“Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk
memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa
yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan (Menerusi JASA),”
katanya.
Wan Saiful berkata demikian susulan tindakan kerajaan PN yang
menghidupkan semula unit propaganda JASA, dengan peruntukan RM85.5 juta di
bawah Belanjawan 2021.
Operasi JASA dihentikan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi
kerajaan persekutuan sebagai langkah mengurangkan kos.
Namun ketika pentadbiran BN, 222 anggota JASA telah dikerahkan
di setiap kawasan Parlimen.
Pengkritik malah mendakwa tugas anggota JASA adalah untuk
menyebarkan propaganda.
Sementara itu, Wan Saiful turut berkata, teknologi yang
diperlukan untuk komunikasi berkesan tidak murah. Maka tidak pelik jika
peruntukan yang secukupnya wajar diberikan buat JASA.
“Itu kita belum bercakap mengenai kos tangani berita palsu yang
sengaja disebarkan lagi. Mungkin sebab itu juga lah peruntukan emolumen hanya
sekitar RM4 juta sahaja daripada jumlah penuh yang diperuntukkan. Tak besar
pun, sebenarnya.
“Yang lain adalah untuk pembelian keperluan termasuk teknologi
yang diperlukan,” katanya.
Selain itu, Wan Saiful turut berkata pembangkang kini sedang
cuba untuk membesarkan isu peruntukan JASA.
Tambahnya, PN juga tidak boleh jadi seperti kerajaan PH sebelum
ini yang tidak mendengar rintihan rakyat.
“PH dahulu gagal memahami bahawa rakyat mahukan bantuan kos sara
hidup, bantuan perniagaan, peluang pekerjaan, dan lain-lain insentif untuk
kehidupan sempurna.
“PN jangan jadi begitu. Jika perlu pelaburan teknologi baru
untuk menggarap permintaan rakyat, maka kita patut buat agar tawaran dan
inisiatif kerajaan sentiasa tepat dengan keperluan rakyat,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment