Belanjawan mungkin tak
disokong jika tiada pindaan - Anwar
Belanjawan 2021 akan
mendapat sokongan penuh dalam Dewan Rakyat sekiranya pindaan dibuat untuk
“kebajikan rakyat”, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
"Saya nak
tekankan di sini, saya tidak mahu ada andaian mudah. Keadaan sekarang berbeza.
"Kerajaan,
menteri kewangan dan perdana menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam
bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang
kita tuntut.
“Belum pasti
belanjawan ini kita luluskan dengan cara mudah," katanya dalam
perbahasannya Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di parlimen hari
ini.
Anggota parlimen Port
Dickson berkata belanjawan dibentangkan Jumaat lalu tidak menepati tuntutan
wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), sebagai usaha awal untuk mendapatkan
sokongan kedua-dua belah pihak.
No comments:
Post a Comment