'Batalkan sajalah Jasa'
Ketua Pembangkang
Anwar Ibrahim berharap Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz membatalkan
peruntukan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)
dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).
Anggota parlimen Port
Dickson itu berkata demikian dalam sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang
Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.
“(Peruntukan Jasa)
yang dimasukkan dan peruntukan KPKT 8.6 juta ini, saya sebenarnya simpati
dengan menteri kewangan kerana dia bukan orang politik jadi dia letakkan saja.
“Saya nak beritahu
menteri kewangan bila jadi macam ini, yang kena jawab menteri kewangan. Jadi
sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah,” katanya.
No comments:
Post a Comment