Dr M sokong
Muhyiddin-Azmin secara senyap, kata naib ketua AMK
Pemuda PKR (AMK) menyifatkan serangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai usaha untuk menyokong "secara senyap" Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Menyentuh kenyataan
Mahathir yang mengimbas semula gerakan politik yang menyaksikan kejatuhan
Pakatan Harapan (PH), Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam mendakwa ramai orang
percaya Mahathirlah “dalang” di sebalik Langkah Sheraton yang menyaksikan
kejatuhan PH dan kegagalan Anwar menjadi perdana menteri.
“Coretan Tun
(Mahathir) yang menyerang Anwar adalah satu cubaan untuk melagakan,
memecahbelahkan PH dan menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.
“Kita semua tahu
bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi kerajaan. Beliau yang
menyusun segala langkah untuk Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali) dan Hamzah
(Zainuddin) menyusun Langkah Sheraton.
“Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Mahathir sekarang bagi memastikan Najib (Razak) dan Anwar sekaligus hilang daripada politik negara […]” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hari ini, dalam coretan di blognya, Mahathir mempertahankan keputusannya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Katanya, selepas
Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH dan bekerjasama dengan Umno dan
PAS sebagai Perikatan Nasinal (PN), PH masih berpeluang untuk kembali berkuasa
ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu ahli parlimen untuk menentukan majoriti,
sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Kata Mahathir, pada
ketika itu, dia sudah mempunyai sokongan
66 ahli parlimen, namun Anwar memujuk ahli 92 parlimen PH untuk menyokong
dirinya sendiri, menyebabkan jumlah 158 sokongan yang sepatutnya dimilikinya,
tidak kesampaian.
“Saya kalah dan Anwar
juga gagal,” kata Mahathir.
Menyentuh soal
majoriti yang dibangkitkan Mahthir, memandangkan Anwar memiliki 92 sokongan
berbanding 66 yang dimiliki Mahathir, Thiban memberi bayangan bahawa seharusnya
bekas pengerusi Bersatu itu yang mengalah, bukannya Anwar.
“Siapa yang harus
mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar pada masa
itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar selepas enam bulan beliau
jadi perdana menteri?
“Ingat rakyat bodoh
ke?"
Thiban turut menuduh
Mahathir mempunyai agenda jahat menerusi rakaman audio yang bocor beberapa
bulan lalu semasa mesyuarat PH dan Bersatu - yang pernah dijawab Mahathir
sebagai hasil suntingan dan berniat jahat.
Thiban juga
menyifatkan serangan terbuka Mahathir terhadap Anwar menunjukkan presiden PKR
itu berjaya meraih sokongan.
“... Perubahan bakal
berlaku dalam masa terdekat. Ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh
bersama Anwar,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment