'Mahathir mahu usaha Anwar kembalikan mandat pada PH gagal'
Ahli Parlimen Kangar.
Terima kasih Dr
Mahathir Mohamad atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak
kebelakangan ini Dr Mahathir begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar
adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula.
Saya fikir fakta dan interpretasi
terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh
berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Dr Mahathir.
Kata Dr Mahathir dalam
perenggan tiga hingga enam berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21
Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Dr Mahathir tidak tunduk
kepada desakan peralihan kuasa.
Umum sudah dapat
mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian.
Perenggan tujuh hingga
sembilan pula tentang peristiwa pada 23 Februari 2020 - mesyuarat tergempar MPT
Bersatu. Pada petang itulah pemimpin Umno, PAS, GPS, Bersatu, Warisan dan Azmin
datang ke rumah Dr Mahathir. Malam itu ada makan malam di Hotel Sheraton tapi
Dr Mahathir tak hadir.
Perenggan 10 hingga 13
Dr Mahathir cerita hal yang mendorong beliau letak jawatan.
Di sini kita perlu
sedar, Dr Mahathir dakwa Anwar nak ambil balik mandat tak libatkan dia. Dia tak
sebut kerajaan yang dia ketuai jatuh sebab dia letak jawatan tak bincang dengan
pimpinan parti komponen. Mungkin sebab beliau anggap itu kerajaan Mahathir,
bukan kerajaan PH+.
PH pernah ajak Dr
Mahathir kembalikan mandat rakyat dan komited dengan manifesto. Tetapi Dr
Mahathir enggan. PH namakan Anwar kerana tidak bersetuju dengan idea Dr
Mahathir untuk jadi perdana menteri kerajaan perpaduan.
Anwar yang hubungi Dr
Mahathir
Saya setuju dengan
perenggan 15. Dan Dr Mahathir tulis jelas Anwar dapat 92 sokongan, beliau 66.
Masa tu baru tahu ada blok yang cadangkan nama Muhyiddin.
Ini tidak didedahkan
tetapi masa awal itu Tuan Ibrahim Tuan Man telah tersebut kepada media. Lepas
tu Takiyuddin betulkan dan beritahu media bahawa kenyataan rasmi PAS hanya akan
datang daripada Presiden PAS dan beliau selaku setiausaha agung PAS.
Yang menariknya ialah
perenggan 18, Dr Mahathir kata:
“Jika ketiga-tiga
parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan
dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana
mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.
"Jika saya dapat
92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya
akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak
jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.”
Dr Mahathir tak tulis
pula jika dia pengaruhi 65 lagi untuk sama-sama sokong Anwar yang pada masa itu
dapat sokongan tertinggi, maka sokongan boleh juga jadi 158. Kot mana
pun Anwar nak disalahkannya. Dia menang sentiasa.
Dalam perenggan 20
hingga 22 Dr Mahathir cerita pasal PH nak sokong dia semula.
Di sini kita perlu
tahu bahawa ketika Anwar ada 92, Dr Mahathir ada 66; Dr Mahathir tak hubungi
Anwar. Tetapi Anwar yang pergi cadangkan kepada Dr Mahathir supaya mandat rakyat
boleh dikembalikan. Tun hanya fikir dia nak jadi PM, bukan nak bolehkan mandat
rakyat dikembalikan.
Bayangkan Anwar tawar
sokongan PH dan untuk redakan tuduhan Dr Mahathir tahu tentang Langkah Sheraton
dan ikhlas mahu serah kepada Anwar, maka lantik Anwar jadi timbalan perdana
menteri, tapi Dr Mahathir enggan. Adakah kita tidak boleh mengagak sikap beliau
dalam hal ganti jadi perdana menteri?
Saya pernah cerita
Anwar kejut kami ahli parlimen PKR pukul 2 pagi untuk sampaikan keputusan dan
kesediaan beliau berkorban lagi. Dinihari itu juga Yusof Qaradhawi buat
panggilan dan Anwar minta beliau doakan Malaysia - dibuka loud speaker (pembesar
suara) untuk kami sama-sama aminkan doa tersebut.
Apa berlaku selepas
itu? Ini penting disebut. Dr Mahathir kata jika PH 92 campur dia 66, maka jadi
158. Tapi masa kumpul Kenyataan Bersumpah, PH tetap 92 orang, Dr Mahathir gagal
yakinkan 66 yang disebutnya. Itu pun masih salah Anwar!
Dr M tak pernah beri
isyarat akan sokong Anwar
Dalam perenggan 23 Dr
Mahathir sebut Muhyiddin dapat persetujuan dilantik jadi perdana menteri. Saya
bahas di Dewan Rakyat, berasaskan keyakinan saya, pada 1 Mac itu, jika
mengambil kira undian 112-109 (Maximus Ongkili tidak hadir seingat saya kerana
isu kesihatan) penolakan Speaker Ariff, paling banyak pun Muhyiddin hanya ada
sokongan 111 undi kerana Serian dan Lubok Antu telah menandatangani Kenyataan
Bersumpah sokong Dr Mahathir.
Mereka hanya sokong
Muhyiddin beberapa minggu selepas pengumuman pelantikan PM.
Perenggan 24 hingga 30
cerita pasal usaha dapatkan balik mandat. Semua orang tahu Dr Mahathir tidak
mahu cadang nama Anwar malah sanggup umum nama Shafie Apdal. Mungkin begitu
cara beliau mengharapkan PKR untuk terus mempercayainya.
tidak cerita ialah PKR telah usulkan 107 sokongan (dengan mengambil kira PSB
belum mewujudkan blok khusus yang komited sebagai pembangkang), dan mana-mana
pemimpin yang boleh membawa sokongan untuk mendapat semula mandat maka mereka berhak
diangkat menjadi perdana menteri.
Tapi ini pun ditolak
oleh blok Dr Mahathir kerana mahu Dr Mahathir sahaja dicalonkan sebagai perdana
menteri.
Perenggan 31 hingga 34
Dr Mahathir bercakap tentang pengumuman Anwar tentang sokongan untuk menjadi
perdana menteri.
Dr Mahathir mengeluh
kerana Anwar tidak libatkan beliau dan kumpulannya. Dr Mahathir sepatutnya
bertanya bilakah selepas Langkah Sheraton beliau pernah memberi isyarat untuk
menyokong Anwar?
Adakah Dr Mahathir
hendak beritahu jika Anwar datang meminta sokongan beliau maka sokongan itu
akan diberikan? Tidak. Dan Dr Mahathir tidak perlukan sokongan ini diminta. Dr
Mahathir sebagai orang lama dalam politik boleh memberi isyarat terbuka untuk
memberi sokongan.
Sama ada Anwar akan
berjaya atau tidak, itu telah dijawab olehnya: Bertawakal kepada Allah s.w.t.
selepas usaha telah dibuat.
Tapi yang jelas ramai semakin melihat Dr Mahathir mahukan ia gagal. Dan ramai meyakini kesimpulan tersebut kerana alasan Dr Mahathir tidak dapat menjadi perdana menteri semula dan sikap pendendam Dr Mahathir kepada Anwar.
No comments:
Post a Comment