PEMBANGKANG TIDAK AKAN SOKONG BELANJAWAN 2021.
Ahli
Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menolak untuk menyokong secara melulu
Belanjawan 2021. Katanya Ahli Parlimen Pembangkang tidak akan memberi cek
kosong atau sokong membuta tuli meluluskan Belanjawan 2021. Menurut Hassan,
Kerajaan Perikatan Nasional perlu membuat beberapa pindaan kepada belanjawan
sekiranya mahu Pembangkang menyokong secara sebulat suara.
Katanya,
Pembangkang hanya bersetuju terhadap peruntukan gaji atau emolumen 1.5 juta
penjawat awam yang tidak ada kompromi dan mesti diluluskan. Bayaran pencen
persara, juga peruntukan kos operasi kerajaan yang wajib.
Selain
itu, kata Hassan, semua perlu diteliti dan sekiranya Pembangkang tidak berpuas
hati Menteri Kewangan perlu melakukan pindaan ke atas belanjawan.
Mengenai titah Yang di-Pertuan Agong bahawa
semua Ahli Parlimen perlu meluluskan belanjawan, Hassan berkata perkara itu
belum ada duluan (precedent). Sebelum ini, katanya, terdapat keadaan yang lebih
genting seperti rusuhan 13 Mei, konfrantasi Malaysia - Indonesia, darurat
pemberontakan Komunis dan sebagainya namun belum pernah belanjawan diluluskan
oleh kerajaan dan pembangkang secara sebulat suara. Beliau menghormati
kedua-dua institusi Raja Berperlembagaan dan Parlimen. Kedua-duanya mempunyai
peranan dalam sistem demokrasi Malaysia. Maka Parlimen perlu diberi kebebasan
dalam membuat pilihan membahaskan belanjawan.
No comments:
Post a Comment