𝗕𝗘𝗚𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗠 𝗚𝗨𝗔𝗡 𝗘𝗡𝗚 (Juga kepada Mohamad Sabu)
Dikira dari 9 Mei 2018
hingga sekarang, tempoh masanya adalah kurang lebih 31 bulan. 22 bulan Pakatan
Harapan menjadi kerajaan memerintah dengan Perdana Menterinya adalah Dr.
Mahathir bin Mohamad yang ketika itu adalah juga Pengerusi PH.
Kejatuhan Kerajaan PH
bermula dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang secara
automatiknya membubarkan jemaah kabinet yang ada pada masa itu. Masa
"vacuum" itulah digunakan oleh para pengkhianat bagi menjalankan plot
mereka melalui apa yang dikenal sebagai Langkah Sheraton, sehingga tertubuhnya
sebuah perikatan kerajaan "kabur" dengan nama Perikatan Nasional.
Kesalahan Parti Keadilan
Rakyat di bawah teraju Anwar Ibrahim ketika itu ialah kerana mendesak Mahathir
yang tidak mahu menunaikan janji supaya menunaikan janji.
Dan ya, hari ini tampak
bahawa memang segelintir pimpinan Amanah dan DAP menuding jari kepada Anwar
memaksudkan bahawa desakan menunaikan janji itu adalah salah!
Berbalik kepada tempoh,
selepas 22 bulan, Mahathir tidak lagi bersama PH, Bersatu juga mengambil
keputusan keluar dari PH.
Selepas itu baharulah
Anwar mengambil-alih kepimpinan Pakatan Harapan. Ditolak 22 bulan dari 31
bulan, bakinya hanyalah 9 bulan! Hingga sekarang, Anwar hanya memimpin PH 9
bulan!
Dan selama 22 bulan
sebelum itu, Anwar tiada apa jawatan dan kepentingan pun dalam kerajaan. Hanya
kerana sekali kegagalan menolak Bajet, dalam tempoh 9 bulan sahaja Anwar
memimpin PH, kamu semua meroyan bagai tidak sedar diri, kenyataan demi
kenyataan dikeluarkan.
Apa yang kamu semua tidak
sabar dan kejarkan? Kedudukan? Kuasa? Itu sahaja? Bagi saya (dan saya yakin ini
juga pendapat majoriti pendokong reformasi), tidak ada gunanya kedudukan dan
kuasa itu bila sudah terbukti bahawa selama 22 bulan di bawah telunjuk orang
tua itu, agenda reformasi teras yang menjadi perjuangan kami puluhan tahun
gagal dilaksanakan.
Hanya kerana Bajet 2021
lulus, kamu mula bercakap soal "political reset" pembangkang, anjakan
baharu perserikatan pembangkang, "grand coalition" melangkaui PH, PH
Plus (2).
Semua idea ini secara
jelas mempertikaikan kerangka kepimpinan atasan Pakatan Harapan sedia ada,
dengan kata lain, kepimpinan Anwar Ibrahim, yang hanya berumur 9 bulan! Ya saya
akui, wujud peluang untuk mengambil-alih semula kerajaan dengan kembali
bergabung bersama blok Mahathir.
Tetapi seperti yang saya
soal tadi, apakah hanya itu kehendak kamu? Pada kuasa dan kedudukan? Sedang
kami para pendokong reformasi sudah lama melupa dan melupus kehendak peribadi
kami, yang ada hanyalah kehendak perjuangan.
Tiada gunanya kuasa dan
kedudukan sama ada ketika 22 bulan PH memerintah, sekarang di bawah Perikatan
Nasional atau akan datang dalam impian kamu bersama "grand coalition"
jika sampai ke situ pun kita masih diikat dengan dogma lama, orde lama
tinggalan 61 tahun pemerintahan Perikatan/Barisan Nasional dahulunya.
20/21 tahun kami
menggerakkan perjuangan reformasi adalah untuk merobah tatacara dan tatakelola
kerajaan supaya akhirnya kami dapat menutup ketirisan sistem yang selama ini
memungkinkan berlakunya salah urus dan salah guna kuasa, korupsi, rasuah serta
kezaliman.
Kamu kata pemimpin-pemimpin
Umno yang memperdaya Anwar itu sebagai oportunis kuasa, jangan sampai kamu lupa
bertanya diri sendiri akan hal yang sama juga. Mahathir pula bagaimana? Apakah
kerana dia duduk di kerusi pembangkang, sebahagian dari 108, maka dia sudah
menjadi mulia?
Tela'ahlah setiap
tutur-katanya, di samping rungutan dan komplennya terhadap Muhyiddin, Najib,
Zahid atau Perikatan Nasional, akhir katanya, akhir kalamnya hanya ada dua
perkara, pertama dia mahu menjadi Perdana Menteri lagi, kedua dia tidak mahu
Anwar menjadi PM, itu sahaja perjuangannya sekarang. Itu bukan
"reform," itu kesombongan diri dan dendam peribadi.
Kenapa kamu tiba-tiba
menjadi tidak sabar, Anwar seperti saya kata baharu memimpin Pakatan Harapan 9
bulan. Hanya kerana dia tidak berjaya mendapatkan sokongan dari beberapa kerat
Ahli Parlimen Umno, kamu katakan dia asyik terkejar bayang-bayang.
Dia sudah berusaha,
tetapi dia terus-terusan ditahan, di simpang itu, di simpang ini, menggunakan
autoriti-autoriti tertentu supaya usahanya itu terdedah kepada kepanjangan masa
yang sengaja dicipta bagi memberi ruang kepada musuhnya membuat serangan dan
tawaran balas.
Apakah kamu sudah
dibutakan mata dari melihat ini semua? Sungguh kamu orang yang tidak mengenang
budi, sama perangainya dengan anak-anak ikan dalam Angkatan Muda Keadilan
baru-baru ini.
Dua puluh tahun kamu
angkut sosok ini semasa bebasnya merata-rata, kamu cetak wajahnya merata-rata,
kamu tulis namanya merata-rata, kamu jaja mata lebamnya merata-rata, kamu usung
isteri dan anaknya merata-rata. Sekali dia gagal kamu sudah anggap dia seperti
sepah.
Kenapa dahulu kamu tidak
pernah menuding jari kepada Mendiang Pengerusi dan Almarhum Mursyidul Am lama
kamu menyalahkan mereka kerana gagal membawa kamu ke Putrajaya?
Atau kerana ketika itu
kamu belum merasa empuk kerusi kuasa? Hari ini kamu melihat Anwar seperti tebu,
tebu yang sudah habis diperah dan digilis, tinggal sepahnya sahaja, habis madu
sepah dibuang!
Kalau kamu merasa
Mahathir boleh menjadi madu baharu kamu, bersama yang lain seperti Shafie Apdal
dan Warisannya, boleh membentuk satu "grand coalition" yang
memungkinkan pengambil-alihan kerajaan serta merealisasikan mimpi terdesak kamu
untuk kembali jadi menteri, jadi timbalan menteri, jadi setiausaha politik,
sedang seorang gurkha tua Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah pun gagal
ditariknya, maka teruskanlah...
Bagi kami mudah,
perjuangan reformasi jalan terus!
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜
No comments:
Post a Comment