Menteri Besar Aminuddin Harun berkata jawatan itu terbuka kepada mana-mana parti seperti yang akan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri kelak.
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan membawa usul mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan menteri besar dihadkan kepada dua penggal pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, perkara itu terkandung dalam
manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan dipersetujui pada mesyuarat
kerajaan negeri.
“Jadi kami kena akur…perkara ini telah dipersetujui dalam
mesyuarat EXCO dan seterusnya sidang DUN, kami akan pastikan ia menjadi
sebahagian Rang Undang-Undang (RUU) atau undang-undang enakmen bagi kerajaan
Negeri Sembilan.
“Kami akan minta pegawai undang-undang
menyiapkan usul tersebut sebelum diserahkan kepada jawatankuasa perlembagaan
DUN untuk diteliti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
EXCO di Wisma Negeri.
Beliau berkata, jawatan itu terbuka kepada mana-mana parti
seperti yang akan diluluskan dalam sidang DUN kelak.
PH menerusi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14, memaklumkan
jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri akan dihadkan kepada
dua penggal jika PH mentadbir negara bertujuan memastikan ketelusan
pentadbiran.
No comments:
Post a Comment