December 15, 2020

 

ISU PERTELINGKAHAN DALAMAN PKR DAN PH

 

Parti PKR atau disebut sebagai Keadilan ni memang dari dulu lagi bermasalah dan berpuak seperti juga mana2 parti politik lain. Parti yang paling lantang bersuara dan menekan agenda Reformasi dan rakyat tetapi bermasalah sedikit dari segi disiplin dan jamaah parti.

 

Kisah pergaduhan sesama pemimpin, pemimpin merajuk keluar masuk dan ada yang jadi kuda trojan sudah biasa dalam PKR sejak 1998 lagi. Kisah tak sebulu antara pimpinan termasuk dengan Kak Wan dan DSAI sendiri dah banyak kita dengar. Dulu Ezam gaduh dengan Azmin dia blah, Lepas tu Azmin gaduh dengan Rafizi dua2 blah. Dengar citer, Rafizi ada krisis gak dengan Farhash. Nurul sendiri x setuju banyak dengan ayahnya tentang politik dan banyak lagi kisah.

 

Orang keliling Anwar ni banyak bertelagah punyai idea tersendiri dan bila depa fedup, semua rosak atau blah, hujung2 depa tuding jari kat Anwar atau Kak Wan. Bukan semua Anwar nak kena setel sebagai pemimpin tertinggi. Anwar sama jek macam pemimpin parti lain dan PKR pon sama macam parti lain. Dia bukanlah Superman dan tak mampu puaskan hati semua orang. Kita jadi pejuang dan orang keliling dialah tugas kita bantu dia dan satukan semua. Anwar bukan perfect tapi pengalaman lamanya sebagai pemimpin dari remaja hingga tua bantu dia untuk nilai dan faham prioriti perjuangan.

 

Bukan tugas kita tekan dan hentam dia. Kalo kita hentam dia, macamana dia nak jadi ketua yang baik dan memimpin. Masalahnya ramai pemimpin reformis ni kurang sabar dan disiplin. Masing2 berlumba2 nak didengari, dapat perhatian, ada agenda kepentingan sendiri mengharap dari Anwar. Masing2 bertelingkah antara mereka nak tunjuk keikhlasan, kebijaksanaan, pengaruh dan perjuangan.

 

Anwar tekankan banyak kali baru2 ini tentang komited, tawakkal dan sabar tapi masing2 dilihat x bulih sabar gelojoh. Anwar sendiri x dpt apa2 jawatan dan kelebihan selama 20 tahun ni walau yang lain ada yang dah jadi PM, TPM dan menteri tapi dia tak tunjuk rasa sedih, kecewa dan marahpon. Dia duduk penjara berbelas tahun habiskan sebahagian umur demi perjuangan yang lebih besar dari Anwar, Rafizi, Nurul, Azmin, Mat Sabu, LGE dan lain2 tapi dia tetap kekal tenang dan sabar. Tak pernah sekali dia tinggalkan perjuangan politik dan rakyat.

 

Ada tempoh selepas dia keluar dari penjara x silap pada 2004, beliau hijrah ke US jadi Profesor kehormat disebuah Universiti disana untuk mencari rezeki. Tapi pemimpin2, rakan2 dan pelajar yang menemui beliau disana tak habis2 pujuk dan desaknya kembali ke Malaysia.

 

Berbekal kewangan stabil, strategi politik dan tekad, dia pulang menyatukan semula semua parti2 pembangkang yang bertelagah dalam satu Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan rejim BN pada PRU 2008. Dari 2004 dimana PKR sendiri hanya ada 1 kerusi di Permatang Pauh milik Kak Wan, PR berjaya menawan 5 negeri dan menguasai sekitar 50% sokongan rakyat.

 

Kawan2 silih berganti tinggalkannya tetapi sedikit pon dia x mengalah dan tinggalkan perjuangan politik nak ubah negara. Dia sanggup dipenjara dengan dakwaan fitnah liwat2 semata2 Najib mahu hentikan kemaraannya dan tutup mulutnya dari membongkar skandal 1MDB, tapi dibantu Rafizi dan pemimpin pembangkang lain, media serta siasatan pihak berkuasa antarabangsa. Akhirnya Skandal 1MDB berjaya menjatuhkan empayar Najib Rosmah BN dan memenangkan Pakatan baru PH dlm PRU 2018.

 

Pimpinan PKR dan PH pun ramai pertikai wibawanya sejak 2018 bermula dibawah kepimpinan Tun M ketika beliau masih dipenjara dan kemudian bebas dan semakin menjadi2 pasca Langkah Sheraton tapi sikitpon dia x bersuara dan diam saja. Tahukah mereka apa pengorbanan keluarga Anwar dlm menjayakan PH selain air mata derita dan kecewa?. Mereka korbankan dan cagar rumah dan tanah mereka sendiri utk kempen PH PRU 2018 menang di Putrajaya.

 

Dia bergantung kepada rakyat yang sokongnya dan rancangan yang dia mampu kawal dan rancang sebagai ketua, selebihnya dia tawakkal. Kalo Rafizi kata begitu, kenapa dia sendiri tinggalkan PKR lepas perpecahan besar dibuat antara Rafizi dan Azmin. Nanti masing2 tuduh masing2 kuda trojan yang rosakkan Anwar dan PKR pula.

 

Tapi aku percaya siapa yang masih kekal dalam PKR dan PH ketika kita dalam keadaan senang dan kemudian lemah dan sukarlah pejuang sebenar yang kekal tenang dan sabar. Walau kita tak pandai, hebat dan kaya cuma orang biasa.

 

Sesiapa yang dok jadi batu api pertikai kemampuan Anwar dan PH, anda bebas untuk bersama Tun di blok bebas atau bersama PN, Pas atau BN tanpa paksaan. Janganlah jadi duri dalam daging disaat pimpinan berusaha sebaik mungkin untuk angkat semula PH untuk survive dan berjaya selepas di khianati.

 

Persetan dan abaikan dengan pejuang jadi2an atau yang berhenti separuh jalan dan ramai juga pejuang yang mahu patah balik bersama bila musuhnya dalam parti dah tiada seperti contoh Ezam. Kita mesti terus move on. Kejayaan PH hanya bergantung kepada rakyat yang menyokong mereka. Bukan terletak kepada taikun, bangsawan, elit atau super politician yang cuba mengatur politik negara. 

 

Akhir kalam,

Kita jaga kita. 

Kitalah yang tentukan nasib dan masa depan negara.

Moga Allah Swt bantu usaha murni Anwar, pimpinan PH dan kita semua untuk ubah negara yang kita cinta.

 

No comments:

Post a Comment