TIADA YANG MUSTAHIL, KERJASAMA DENGAN PARTI LAIN
“Dalam
situasi mencabar ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan
kerajaan yang stabil,” katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada Amanah
Perak sanggup bekerjasama dengan parti lain di Perak untuk menubuhkan kerajaan
negeri baru.
Asmuni
antara 3 pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menghadap Sultan Perak, Sultan
Nazrin Shah hari ini selepas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat
sokongan majoriti dalam undi percaya terhadapnya di Dewan Undangan Negeri
semalam.
Dua
lagi pemimpin PH ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR
Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Semalam,
Faizal hanya mendapat 10 undi menyokong berbanding 48 undi menolak dan seorang
lagi Adun berkecuali dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibawakan Abd
Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).
DUN
Perak terdiri daripada 25 Adun Barisan Nasional yang semuanya Umno, DAP (16),
PPBM (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3) dan masing-masing satu daripada Gerakan
dan bebas.
Semalam,
Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz dilaporkan mencadangkan Umno
bekerjasama dengan Amanah dan PKR untuk membentuk sebuah kerajaan baru di
Perak.
Beliau
dilaporkan berkata, tidak mustahil berbuat demikian kerana parti itu bersama
menolak usul undi percaya terhadap Faizal.
Kenyataan
sama juga dibuat Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari yang berkata, apapun boleh
berlaku selagi ia mematuhi Perlembagaan dan tidak bertentangan norma.
Bagaimanapun,
dalam mesyuarat khas Umno Perak malam ini yang dihadiri Presidennya, Ahmad
Zahid Hamidi dan Nazri sendiri, tiada pemimpin PH yang hadir.
No comments:
Post a Comment