KALAU SUNGGUH, TOLAK BERSATU
Sentimen penolakan terhadap Bersatu nampaknya
cukup kuat dan menggerunkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian
pada tahun ini.
Mesyuarat perwakilan
UMNO tahun ini berlangsung selama tiga hari pada 1 hingga 3 Januari.
Sehingga kini,
sekurang-kurangnya tiga negeri telah menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu
dalam PRU15 akan datang.
Negeri tersebut ialah
Perak, Pahang dan Kelantan.
Dipercayai banyak lagi
bahagian yang bermesyuarat hari ini akan membuat ketetapan yang sama dan tidak
mustahil akhirnya semua UMNO negeri secara majoriti turut menolak untuk
bekerjasama dengan Bersatu.
Diperkatakan banyak
pihak bahawa lebih 145 daripada 191 UMNO bahagian-bahagian akan meluluskan usul
menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu itu.
No comments:
Post a Comment