AIR : ISRAEL DAN KEDAH
Laporan Middle East Monitor, media online Timur Tengah semalam
mengenai keputusan Israel menolak permohonan Jordan untuk menambahkan bekalan
air.
Ia memetik laporan Haaretz, media harian Israel bahawa PM
Israel Benjamin Netanyahu membuat keputusan menolak permintaan Jordan
menambahkan bekalan air sebagai reaksi kepada arahan Raja Abdullah II yang
menghalang pesawat Netanyahu menggunakan ruang udara Jordan, mengakibatkan
lawatan Netanyahu ke UAE baru-baru ini dibatalkan.
Tindakan Raja Jordan tersebut adalah sebagai membalas tindakan
Israel sebelum itu yang mengenakan berbagai komplikasi langkah keselamatan
sehingga menjejaskan rancangan lawatan Putera Mahkota Jordan Hussein Bin
Abdullah ke Masjidil Aqsa.
Sekalipun Jordan dan Israel menjalinkan hubungan diplomatik
sejak 1994, hubungan kedua negara menjadi renggang apabila pada tahun lalu
Netanyahu mengumumkan rancangan untuk menjadikan sebahagian Tebing Barat,
Palestin sebagai wilayah Israel.
Jordan dan Israel menjalinkan perjanjian damai pada 26 Oktober
1994 yang menamatkan status perang antara kedua negara sejak 1948.
Antara persetujuan prinsip dalam perjanjian itu ialah berkaitan
bekalan air. Israel bersetuju membekalkan Jordan 50 juta meter padu air setiap
tahun dan membenarkan Jordan memperolehi 75% air dari Sungai Yarmouk, anak
Sungai Jordan.
Pada 2018 Jordan memohon penambahan bekalan air daripada Israel
akibat kemarau yang teruk melanda Jordan. Rundingan kedua negara masih
berterusan, dan keputusannya tertangguh akibat tersangkut dengan berbagai isu
lain, khasnya pajakan tanah di sempadan dan projek di Laut Mati.
Kini, PM Netanyahu buat kejutan dengan menolak permohonan
penambahan bekalan air ke Jordan.
Tindakan Netanyahu ini memperlihatkan kerakusan kuasa yang melampau,
padahal kedudukannya hanyalah sebagai PM sementara Israel selepas pilihanraya
umum selesai tanpa memberikan kemenangan kepada Netanyahu.
Isu pokoknya ialah Jordan memerlukan tambahan bekalan air.
Krisis air melanda Jordan adalah berpunca daripada kemarau dahsyat dalam tempoh
lebih 900 tahun. Rizab air Jordan cuma mampu menampung 2 juta orang, sedangkan
penduduk Jordan kini 10 juta orang.
Bekalan air bertambah terdesak dan berkurangan sejak Jordan
menjadi negara tuanrumah kepada 1.4 juta pelarian Syria yang dengan kehadiran
mereka itu meningkatkan permintaan air sebanyak 20%.
Krisis air Jordan begitu parah, dan Israel kini menolak
permohonan tambahan bekalan air dari Sungai Yarmouk untuk keperluan rakyat
Jordan. Halangan ini sangat tidak berperikemanusiaan, tetapi tidak pelik
apabila berdepan dengan realiti perangai manusia berfahaman Zionis.
Keadaan masalah Jordan kini memerlukan perhatian masyarakat
antarabangsa. Majlis Keselamatan PBB harus campurtangan untuk memberi tekanan
kepada Israel.
Aku fikir masalah mungkin mudah terlerai jika Netanyahu yang
angkuh itu tidak lagi kekal sebagai PM Israel. Masih ada ruang menyelesaikan
krisis air Jordan kerana menurut perjanjian damai, Israel tidak boleh
menghalang langsung bekalan air Sungai Yarmouk ke Jordan.
Masalah dihadapi Jordan tidaklah sampai ke tahap sebagaimana
ancaman “alihkan sungai” atau “sedut air selut” oleh seorang ketua kerajaan
suatu wilayah utara di sebuah negara Khatulistiwa. Ancaman sedemikian itu
adalah kerja orang bodoh yang rakus berkuasa atau orang politik yang mungkin
lebih buruk perangai politiknya daripada Zionis Israel!
Keputusan Netanyahu menghalang tambahan bekalan air kepada
penduduk di sebuah negara lain.
Tetapi ugutan ketua kerajaan wilayah utara sebuah negara
Khalutistiwa itu mengancam bekalan air kepada sebahagian penduduk dalam
negaranya sendiri. Bangang!
No comments:
Post a Comment