31 Mac 2021
Laporan terkait cubaan
kerajaan Perikatan Nasional mahu meluluskan belanjawan tambahan tanpa
penelitian oleh Parlimen atas alasan darurat semakin menyerlahkan motif sebenar
mereka.
Pemerintah memberikan
hujah bahawa Pengisytiharan Darurat hanya bagi melawan dampak wabak. Namun, apa
yang terserlah adalah ia digunakan untuk menggugat masyarakat madani, menekan
kebebasan bersuara dan menjarah kantung negara.
Tidak ada sebarang
sebab untuk pemerintah ini bertindak sebegini. Belanjawan 2021 telah diluluskan
kurang dari empat bulan dulu yang telah memperuntukkan dana yang cukup bagi
menghadapi COVID-19. Sebarang dana tambahan akan diluluskan oleh Parlimen
dengan majoriti yang jelas, dan berkemungkinan akan mendapat dukungan kedua-dua
belah pihak sekiranya ia munasabah.
Saya menentang langkah
ini. Saya merasakan ia cukup tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.
Reputasi negara sangat memprihatinkan saat ini, dan ia pasti akan terus
menghakis keyakinan pada ekonomi kita.
Saya sekali lagi
menggesa agar Parlimen mesti dibuka dan Ahli-ahli Parlimen wajar dibenarkan
menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelak demokrasi negara ini terus
diinjak.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment