March 16, 2021


 

BIAR RAKYAT YANG HUKUM

(WAWANCARA MINGGUAN MALAYSIA)

 

 

Saya memilih tidak memberi respons kepada banyak serangan (Azmin Ali) kerana tidak mahu mengambilnya secara peribadi. Saya ini tiada ‘personal’ sangat, kalau tengok kenyataan yang mana dia serang saya berulang kali, saya tak jawab pun.

 

Rakyat lebih menilai tindak-tanduk menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri itu. Buat masa ini keutamaan adalah perjuangan politik parti.

 

Orang boleh nilai. Jadi biar rakyat yang hukum, tapi bagi saya, kembali kepada landasan.

 

Saya nak fikir lebih baik kita tumpu kepada rakyat, sebab kita tak boleh perbodohkan rakyat.

 

Ketika di penjara, saya melihat tindak-tanduk politik sesetengah pihak, termasuk pencapaian diri. Namun, saya akui kelemahan saya untuk mengawal kerana masa itu saya masih dipenjarakan.

 

Masa di penjara, orang di luar bina kekuatan, bina kekayaan. SPRM masa PH itu tak nampak kerana mereka hanya tumpu kepada Umno dan 1MDB.

Jadi, yang gajah depan mata itu semua ditolak.

 

Rakyat tahu ada menteri yang mengumpul kekayaan melalui projek besar berbelanja mewah.

 

Itu bertentangan prinsip PKR dan PH.

Jadi, bagi saya, dia (Azmin) dah pilih, biarkan. Kita tumpu perhatian kukuhkan parti, dan belajar daripada pengalaman kita.

 

Jangan mudah percaya orang yang beri janji dan bermuka-muka.

 

 

No comments:

Post a Comment