May 30, 2021

BERAPA HARGA SEBENAR VAKSIN?

Berkaitan 2 juta vaksin percuma di Pulau Pinang tempoh hari yang tidak mahu di luluskan oleh tebuk atap, dikatakan 2 juta vaksin percuma itu adalah scam dan syarikat tersebut tidak berdaftar. Rakyat masih diam tidak mahu menyentuh hal harga untuk melihat apa reaksi menteri tebuk atap ini semua.

Ekoran dari itu, rakyat berjaya mengetahui harga vaksin di pasaran dunia yang berlegar di media sosial. Cumanya rakyat masih tidak mengetahui harga sebenar yang di kenakan oleh Pharxxxxxga di kala kerajaan telah meluluskan peruntukan melalui bajet 2021 & RM5bilion dari KWAN.

Ya, memang saluran derma vaksin itu terarah dari Hong Kong, tapi tidak mengetahui siapa gerangannya.

Apa yang berlaku setelah puak atap ini menyatakan vaksin dan syarikat yang nak derma di katakan sebagai scam, puak tebuk atap ini cuba menghubungi wakil agar pihak tersebut beli vaksin dari Pharxxxxxga dan tidak terus dari sumber pengeluar vaksin.

Di luar negara, satu botol vaksin buleh di suntik 3-5 orang. Dan sebotol harga purata di luar negara ialah USD15-25.

Beberapa hari lepas Malaysia sudah ada isu suntikan kandungan dos vaksin dalam picagari TIDAK MENCUKUPI. Individu tersebut telah di panggil semula untuk dicucuk sekali lagi. Setelah itu barulah KKM arahkan barisan doktor tunjukkan terlebih dahulu dos picagari di hadapan mata peserta vaksin.

Bukankah tadi dikatakan sebotol vaksin buleh di suntik 3-5 peserta? Faktanya sudah di depan mata, telah berlaku kekurangan dos suntikan sekali gus membuktikan pihak pengeluar vaksin membekalkan guna botol kecil & bukan siap masuk ke picagari.

Ini adalah apa yg tebuk atap takutkan.

Ada pihak telah mendedahkan harga vaksin sinovac yg di edarkan dalam Malaysia oleh sykt Pharxxxxxga tersebut berjumlah hampir RM380/ dos suntikan. Wow... !!!

Di China, syarikat farmasi pengeluar vaksin berjenama sinovac iaitu Sinovac Biotech Ltd dari Beijing hanya mengenakan cas hanya RM15 sahaja. Jika 2x vaksin lengkap bagi setiap pesakit, harganya baru RM30 sahaja!

Siapa yg ambil peluang di saat musibah pandemik covid 19 menular di Malaysia? Sendiri fikirlah...

Inilah sebab mengapa Parlimen itu harus berfungsi, agar semak & imbang itu berlaku kerana setiap belanja peruntukan adalah wang hasil cukai rakyat. Berpuluh kali rakyat kata, Parlimen buleh berfungsi walaupun dalam keadaan darurat.

Sudah tengok masalah sebegini, depa ni buleh buat-buat tak kisah sahaja. Rakyat risaukan krisis wabak dan ekonomi negara. Tapi tebuk atap ini cuba bermatian panjangkan lagi darurat sementelah akta jangkitan dan pengurusan wabak itu dah mencukupi sedia ada.

Apa yang buleh kalian belajar dari sini yang di tunjukkan oleh tebuk atap itu sendiri... menunjukkan bahawa mereka tidak kompeten dan GAGAL!

Ya, kami nak lihat dahulu signal KJ dan menteri tebuk atap yang lain dalam hal ini. Usah habiskan peluru dalam suatu masa, cukup satu persatu untuk melihat gelagat yang ada.

 

No comments:

Post a Comment