TOTAL LOCKDOWN ATAU STEPDOWN
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara
(MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial
dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh
14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
"Sepanjang tempoh ini, semua
sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan
perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan
disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, keputusan itu
dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia
dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000
kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat
wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat.
"Kewujudan varian-varian baharu
yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga
turut mempengaruhi keputusan hari ini.
"Dengan peningkatan kes-kes
harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir
ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga
semakin terhad," katanya.
No comments:
Post a Comment