May 09, 2021


 Moral dan Akhlak

Bagi mereka yang mempertikaikan "Moral dan Akhlak" Anwar, sila bandingkan pengetahuan anda dengan orang-orang yang mempertahankan maruah Anwar seperti berikut:

1.     PRU ke-10

Sejak bermula fitnah dan tuduhan yang direkayasa dengan maksud pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar Anwar berhenti berpolitik, sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes sebanyak 36% kepada pembangkang. Najib sendiri di parlimen Pekan hanya menang dengan majoriti 241 undi, akibat kemarahan masyarakat Melayu ke atas kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

2.     PRU ke-12

Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar apabila Anwar yang mengetuai pembangkang pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan UMNO/BN buat pertama kali bila UMNO/BN kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.

3.     PRU ke-13

Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim pada PRU13 apabila Anwar sekali lagi buat kali kedua merobek keegoan UMNO/BN, bila UMNO/BN buat pertama kali kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang mendapat 51% undi popular, dan sepatutnya Anwar sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.

4.     The Muslim 500

Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara Arab, Indonesia, Turki dan Iran tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar apabila Anwar dipilih dan dinobatkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh bagi kategori "Politik" pada tahun 2017 dan 2018, dua tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di Jordan, walaupun Anwar masih dalam penjara.

5.     Anugerah Keamanan Dunia

Masyarakat antarabangsa tetap mempertahakan moral, akhlak dan maruah Anwar apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah "Global Peace Prize" pada tahun 2016 ketika beliau berada dalam penjara.

6.     TIME

Masyarakat barat tetapt mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar apabila Anwar disenaraikan ke kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh Majalah TIME pada tahun 2008.

7.     Sheikh Dr.Yusuf Qaradhawi

Pengerusi Majlis Ulama Sedunia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar sebagai "Intellectual Muslim" yang dihormati oleh dunia barat.

8.     Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor

Bekas presiden PAS tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

9.     Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

10. Al Marhum Tuan Guru Harun Din

Bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

11. Tuan Guru Hj Hadi Awang

Presiden Pas tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

12. Amien Rais

Pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

13. Kiayi Hj. Maasum Bandawoso

Pondok Pesantren Al-Ishlah Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

14. Kiayi Hj. Abdul Ghofur

Pengasuh Pondok Pesantren Sunan Drajat Paciran Lamongan, Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

15. BJ Habibie

Bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

16. Mustapha Ceric

Mufti Bosnia Harzigovina tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

17. Al Marhum Moulaana Ihsaan Hendricks

Bekas Presiden Muslim Judicial Council Afrika tetap mempertahankan Moral, Akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

18. Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli

Ulama terkenal dari Syria tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

19. Maulana Muhammad Illias

Ketua Ulama Afrika tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

20. Reccep Tayyip Erdogan

Presiden Turki tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

21. Al Marhum Sheikh Abul Hasan Ali Nadwi

Penulis dan ulama terkenal dari India ini tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

22. Khalid Meshaal

Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

23. Ekmeleddin Ihsanoglu

Setiausaha Umum OIC tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

24. Rashid Ghanoushi

Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah Tunisia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

25. Sultan Muhammad V

Mantan Yang DiPertuan Agong tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar.

 

No comments:

Post a Comment