PM AKAN DATANG SIAPA LAGI KALAU BUKAN ANWAR?
Selepas Dr Mahathir Mohamad berundur daripada menjadi perdana menteri kali pertama pada (2003) kita terus menanti-nanti kehadiran seorang yang sama hebat dengannya. Penggantian beliau oleh Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi harapan kita semua. Abdullah gagal meneruskan legasi yang ditinggalkan Mahathir.
Abdullah dapat
merasakan ketidakmampuannya lalu mengambil keputusan meninggalkan jawatan
(2009) dan diserahkan kepada Mohd Najib Razak. Najib dikira sebagai pemuka atau
angkatan muda, tokoh pemimpin pasca Merdeka. Najib dianggap jenerasi ketiga
negara ini.
Awalnya Najib berjaya
mengarcakan dirinya sebagai pemimpin disayangi, berjiwa rakyat, lemah lembut.
Tetapi sayang rona itu tidak cukup untuk menjadikan beliau terus disayangi.
Kerana kurang cermat dan terkambus dengan kuasa, akhirnya Najib memusnahkan
dirinya sendiri.
Dengan kekalahan BN
dalam Piraum 2018 kita kira negara akan berubah dan memasuki dimensi baru
apabila PH membentuk kerajaan baru. Bagaimana pun kemenangan PH itu tidak dapat
memenuhi harapan rakyat untuk melihat perubahan secara total kerana ia
dikapalai untuk kali kedua oleh Dr Mahathir Mohamad, bukannya Anwar Ibrahim,
atau tokoh yang bernuansakan reformasi.
Dengan kedudukan
politiknya yang sudah lemah tidak sehebat seperti tahun 1980an, sepanjang
tempoh menjadi PM fasa pertama Dr Mahathir tidak dapat bertahan lama.
Kedegilannya dan perasaan beliau masih hebat mendapat sokongan rakyat walhal kemenangan dan menjadi PM kali
kedua hanya atas simpati PH, menyebabkan beliau tidak bertahan lama.
Dr Mahathir menyedari
kelemahan dan berundur secara dramatik dan penuh taktikal.
Pengunduran Dr
Mahathir memberi peluang kepada Mahiaddin Md Yassin menjadi perdana menteri
orang yang tidak pernah dibayangkan. Kerana itu kemampuan, kebolehan dan
masalah sedang dihadapi Mahiaddin kini sudah diketahui umum. Mahiaddin tidak
mampu menjadi perdana menteri. Kelemahan beliau menjadi seorang ketua negara
menimbulkan persoalan umum kepadanya yang memperolehinya secara non halal.
Kesimpulan, Dr
Mahathir, Abdullah Badawi, Najib Razak dan Muhiaddin sudah diberi peluang oleh
rakyat menjadi pemimpin utama negara ini. Namun ketiga-tiga pengganti Dr
Mahathir tidak mampu memuaskan hati semua orang berbilang kaum di negara ini
kerana mereka gagal menandingi kehebatan Dr Mahathir.
Suka atau tidak, yang
ditunggu kini adalah Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai perdana menteri.
Jawatan itu bukan mutlak hak Anwar, tetapi dilihat kepada iltizam dan komitmen
beliau dan harapan orang ramai, maka beliaulah satu-satu calon akurat. Tunjuk siapa
lagi tokoh yang setanding dengan Anwar? Kalau ada pun Musa Hitam, tetapi Musa
pun sudah melewati musim, sama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Apa lagi Musa
sudah lima meninggalkan jelumun politik. Sementara Abdul Hadi Awang awal-awal
mengatakan tidak minat dengan jawatan itu.
Justeru selepas
Mahiaddin berundur kita berharap berilah peluang kepada Anwar. Sekiranya
pilihan raya akan datang, ayuh kita menyokong Anwar untuk beliau menjadi PM,
kerana selain Anwar kita tidak memiliki orang lain sepantas beliau buat dewasa
ini.
No comments:
Post a Comment