August 13, 2021


 SPEAKER SAHKAN PM HILANG SOKONGAN.

Berdasarkan warkah dari Istana Negara yang bertarikh 9 Ogos menggunakan kepala surat Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong bertitah untuk mendapatkan status terkini bilangan Ahli Dewan Rakyat yang menyokong kerajaan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun didakwa telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti sebagai Perdana Menteri untuk memimpin kerajaan berdasarkan surat Azhar yang tular, memaklumkan perkara itu kepada Istana Negara dengan mengesahkan Muhyiddin kini hanya memiliki 100 sokongan saja di Parlimen.

Surat yang didakwa diutuskan Azhar kepada Yang di-Pertuan Agong itu menyebut bahawa Muhyiddin hanya ada 100 kerusi selepas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletak jawatan selaku Menteri Pengajian Tinggi dan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri. Surat itu diutuskan Azhar kepada Istana Negara sebagai menjawab warkah Yang di-Pertuan Agong mengenai kedudukan sokongan terhadap kerajaan.

Berdasarkan surat berkenaan, Agong ingin mendapatkan kepastian jumlah sokongan kerajaan kerana berdasarkan surat 3 Ogos 2021, kedudukan semasa sokongan kepada Muhyiddin adalah 106 orang pada 4 dan 6 Ogos.

Pada 9 Ogos lalu, Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis, Mohamadin Alamin yang tidak lagi menyokong Muhyiddin Perdana Menteri.

 

No comments:

Post a Comment