18 KAYU API BERTUKAR MENJADI TUNGGUL
Di bawah ini disenaraikan 18 ‘kayu’
yang diapi-apikan oleh PAS untuk menyerang pentadbiran kerajaan PH dan
sebahagiannya semasa era BN memerintah dahulu.
Angka 18 adalah bersempena sejumlah 18
Ahli Parlimen parti itu dan setelah lebih 18 bulan PAS menjadi sebahagian
anggota pentadbiran kerajaan persekutuan. Namun tiada satu pun isu yang mereka
api-apikan itu berjaya ditangani malah menjadi ‘pencacai’ pula kepada kerajaan
yang gagal realisasikan perjuangan mereka!
*1. Isu judi.*
Konon semasa era PH dahulu mereka
desak kerajaan supaya menghapuskan segala macam bentuk judi. Samada berlesen
mahupun tidak. Konon mahu kaitkan PH dengan taukeh-taukeh judi. Sebaliknya apa
yang berlaku? Ketika era PH lah cabutan judi dikurangkan dari 22 kali kepada 8
kali sahaja setahun. Di zaman PAS menjadi sebahagian kerajaan? Dinaikkan
kembali jumlah cabutan judi kepada 22 kali setahun. Siapa yang ‘bela’ atau
‘dibela’ taukeh judi sebenarnya ni?
*2. Isu ‘Octoberfest’.*
Isu ini sejak bulan pertama PH
mentadbir Putrajaya lagi mereka dah mainkan konon kerajaan menyokong dan
menggalakkan pesta arak seperti itu. Tapi setelah hampir 2 tahun PH tidak lagi
menjadi kerajaan, kenapa ‘Octoberfest’ masih disambut di kedai-kedai arak? Eh,
kedai arak masih dibuka rupanya. Bahkan larangan jualan arak oleh DBKL juga
boleh ditangguhkan!
*3. Isu pemandu mabuk.*
Mereka punya apikan sentimen berkaitan
isu ini seolah-olah kes pemandu mabuk itu hanya berlaku semasa era PH. Walhal
kes-kes seumpamanya dah berlaku sejak zaman berzaman malah berdasarkan
statistik, kadar kemalangan akibat mabuk jauh lebih tinggi berbanding ketika PH
memerintah. Lebih ironi, setelah zaman PAS bersama kerajaan hari ini, kes
pemandu mabuk semakin menjadi-jadi pula ya? Bahkan terbaharu, seorang pemandu
mabuk yang pernah didakwa atas kesalahan membunuh kerana memandu berlawanan
arus sehingga mengakibatkan kematian, akhirnya hanya didenda dan diberi bon
kelakuan baik? Bayangkan jika keputusan mahkamah seperti ini dibuat semasa era
PH?
*4. Isu Dong Zong.*
Rasanya tak perlu ulas panjang
bagaimana mereka apikan isu ini sehingga mendesak kerajaan agar mengharamkan
Dong Zong. Akhirnya kini Dong Zong lebih berautoriti mengumumkan peruntukan
RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina berbanding pihak kerajaan sendiri.
*5. Isu Adib.*
Sekali lagi tak perlu ulas panjang.
Cukuplah dinyatakan hipokrasi mereka yang berapi-api mahu ‘pembunuh’ Adib
dibunuh. Tapi setelah PAS menjadi sebahagian kerajaan, tidak semena-mena pula
semangat berapi-api penganut PAS dahulu yang terbunuh!
*6. Isu Tabung Haji.*
Semasa PH mentadbir dan melaksanakan
pembaharuan dan baikpulih urustadbir Tabung Haji, merekalah antara yang pertama
memfitnah konon PH menjual aset umat Islam kepada bukan Islam dan
bermacam-macamlah sentimen menghasut orang Islam supaya membenci kerajaan PH.
Namun apakah semua dakwaan mereka benar?
Malah Laporan Audit terbaharu sendiri mengesahkan bahawa pakej pemulihan
TH yang dilakukan oleh pentadbiran semasa era PH adalah tindakan tepat!
*7. Isu BMF.*
Apa dah jadi dengan kempen yang
disokong oleh PAS ini? Apakah hanya kerajaan PH dahulu yang didesak untuk
menyokong kempen BMF, dan kerajaan majoriti Melayu hari ini tak perlu.
*8. Isu jawi.*
Ironi sekali dahulu PAS menuduh DAP
menentang pengenalan pembelajaran tulisan jawi di sekolah sedangkan DAP sendiri
adalah sebahagian daripada kerajaan yang memperkenalkan dasar baharu tersebut.
Sebaliknya DAP yang dikecam hebat oleh Dong Zong dan MCA dalam isu ini! Soalnya,
apa dah berlaku dengan cadangan pembelajaran tulisan jawi yang diperkenalkan
semasa era PH itu hari ini?
*9. Isu UEC.*
Ini satu lagi isu yang menyerlahkan
hipokrasi PAS dan sekutunya UMNO. Konon semasa era PH dahulu, mereka menolak
sepenuhnya pengiktirafan UEC, tapi mengapa sehingga kini kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan masih menerima lulusan UEC untuk mengikuti program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan? Kenapa semasa zaman PH dahulu ditentang dalam
isu sama? Malahan BN (UMNO) juga pernah jadikan pengiktirafan UEC sebagai
manifesto mereka bukan?
*10. Sekolah vernakular.*
Isu ini juga antara isu yang hangat
dimainkan ketika era PH oleh PAS dan sekutu-sekutu mereka. Seolah sekolah
vernakular ini hanya baharu diwujudkan ketika PH memerintah. Tiba-tiba hari ini
tiada lagi cakap-cakap untuk menghapuskan sekolah vernakular? Kenapa?
*11. Isu LGBT.*
Isu ini menjadi sasaran serangan PAS
terhadap Dr Mujahid khususnya. Hanya kerana Menteri Agama ketika itu dilihat
‘lunak’ bertemu dengan golongan berkenaan. Walhal berpuluh kali ditegaskan
kerajaan tidak pernah mengiktiraf LGBT sebaliknya kita perlukan pendekatan
lebih berhikmah menangani isu LGBT tersebut. Nah, selepas PH ditumbangkan,
bukankah Menteri Agama seterusnya juga pernah bertemu dan meraikan golongan
LGBT itu, sama sahaja seperti apa yang dilakukan Dr Mujahid?
*12. Isu Sajat.*
Sekali lagi isu yang menjadi sasaran
serangan PAS kepada Dr Mujahid. Sajat bertelekung di Mekah pun dipersalahkannya
Menteri Agama. Malah kerana isu Sajat jugalah, lidah rasmi PAS Harakah hari ini
disahkan telah memfitnah Dr Mujahid! Ternyata Harakah kaki fitnah bukan? Nah,
hari ini Sajat bukan sahaja terang-terangan mencabar institusi Agama negara
ini, bahkan telah mengisytihar keluar Islam secara terbuka! Mana perginya
maruah kalian?
*13. Isu kabinet kerajaan bersaiz
mega.*
Isu ini PAS pernah suarakan bantahan
keras terhadap kerajaan BN suatu ketika dahulu khususnya semasa pentadbiran
Najib. Apa yang mereka kata? Kabinet membazir dan tidak sensitif dengan masalah
sebenar dihadapi rakyat. Hari ini, mereka sendiri yang amalkan budaya
pembaziran sama bukan? Amat jauh berbeza dengan pendekatan yang telah dilakukan
ketika era pentadbiran PH. Saiz kabinet dikecilkan, dan jawatan-jawatan
bertaraf menteri dimansuhkan. Sebaliknya PH pula yang difitnah bukan-bukan!
*14. Isu pembaziran dan belanja boros
kerajaan.*
Isu ini juga banyak diperjuangkan oleh
PAS suatu ketika. Tiada apa yang salahnya perjuangan tersebut malah wajib
disokong! Tapi apa yang telah menjadi kesalahan hari ini? Salahnya kerana PAS
hanya ‘cakap tak serupa bikin’. Malah PAS hanya menjadi ‘pencacai’ dalam
kerajaan yang membazir wang rakyat membina dewan-dewan bernilai lebih RM30 juta
dalam kawasan parlimen PM mereka, dan terbaharu membazir RM38.5 juta
mengubahsuai rumah PM di saat negara kehilangan sumber pendapatan!
*15. Isu harga barang.*
Isu ini juga adalah isu yang amat
wajar disokong walaupun PAS pernah memperjuangkannya suatu ketika dahulu. Masih
ingat kata-kata Presiden parti itu yang pernah mengaitkan bahawa kenaikan harga
barang adalah akibat kerajaan yang tidak melaksanakan Hukum Islam? Hari ini,
harga ayam direkod mencatat harga tertinggi dalam sejarah. Begitu juga harga
minyak masak yang naik mencanak-canak baru-baru ini. Apakah kerajaan yang
disokong oleh PAS hari ini juga tidak melaksanakan Hukum Islam?
*16. Isu UMNO rasuah, zalim, jual
tanah Melayu, dan macam-macam lagilah.*
Ya, isu itu semua adalah isu sama yang
diperjuangkan oleh parti-parti lawan lain. Cuma yang membezakan PAS dengan
parti yang lain, PAS memilih untuk bersendirian. Hatta ketika UMNO hampir
tumbang dalam PRU-14 pun PAS masih ‘berlagak’ konon kuat bersendirian dan
acah-acah berlawan dengan UMNO walaupun cakap-cakap bahawa PAS akan ‘bergabung’
dengan UMNO semakin kuat kedengaran. Masih ingat ‘sumpah keramat’ Setiausaha
Agung PAS sebelum PRU-14? Konon selagi PAS berpegang dengan Al-Quran dan
Sunnah, selagi itu PAS tidak akan bergabung dengan UMNO. Sejurus selepas PRU,
apa yang berlaku? Tak sampai beberapa bulan sahaja PAS secara rasmi bergabung
dengan UMNO. Apakah PAS telah tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah? Lebih
ironi, konon muafakat UMNO dengan PAS adalah demi perpaduan Melayu, tapi
mengapa PAS yang menjadi punca undi Melayu berpecah semasa PRU lepas?
*17. Isu UMNO khianati mandat rakyat
dan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan.*
Ya, PAS amat terkesan dengan tindakan
khianat tersebut sementelah PAS adalah Menteri Besar di Perak dengan kerjasama
Pakatan Rakyat. Ironis sekali, PAS sendiri hari ini bersekongkol dengan
pengkhianatan untuk merampas kerajaan daripada PH? Moga ALlah laknat para
pengkhianat dan penyokong pengkhianatan.
*18. Isu RUU355.*
Akhir sekali isu ini tak perlu diulas
panjang-panjang. Dah terlalu banyak ulasan dibuat. Hipokrasi dalam sebuah
perjuangan terulung pernah berlaku dalam negara ini. etelah sekian ramai orang
Islam dikafir dan dimunafikkan, baharu hari ini PAS tahu bahawa kaedah untuk
meminda sesebuah Rang Undang-undang hanya perlu dibawa oleh kerajaan ke
parlimen setelah dirunding dengan pihak berkepentingan, dan bukannya mengajak
orang ramai berhimpun di Padang Merbok?
Cukuplah 18 isu ini sahaja saya
catatkan di sini untuk mendedahkan tembelang dan hipokrasi sebuah parti yang
hanya memperdagangkan nama agama demi kepentingan politik sempit mereka.
Walaupun sebenarnya banyak lagi isu yang mereka pernah adu dombakan.
Bayangkan jika 18 isu ini dibawa oleh
setiap seorang Ahli Parlimen mereka untuk mendesak kerajaan yang mereka sokong
hari ini untuk dilaksanakan, rasanya tidak ada siapa pun yang akan persoal atau
pertikaikan.
Tapi jika PAS masih nak kata mereka
bukan berkuasa penuh, maka eloklah pergi menuntut ilmu dengan MCA yang hanya
diwakili DUA (2) Ahli Parlimen itu. Mungkin lebih banyak mutiara hikmah yang
akan PAS belajar, bukan?
No comments:
Post a Comment