ZAMAN MAHATHIR SUDAH BERLALU, BUKAN
ANWAR
Ungkapan
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu wawancara semalam kononnya
era kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
berlalu dikritik oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Bagi
Johari, kenyataan Mukhriz tersebut bahawa kepimpinan Datuk Seri Anwar turut
dipertikaikan dalam kalangan PH tidak mempunyai fakta.
"Faktanya
pemimpin kanan PH seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah
Mohamad Sabu masih menerima Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH.
"Kritikan
pemimpin lapisan bawah dalam komponen PH tentunya tidak boleh dihindari, malah
dalam parti parti besar seperti Umno dan Pas pun pemimpin bawahan atau parti
komponen lain dalam koalisi bebas mengkritik.
"Di
dalam KEADILAN pula, sokongan padu ditunjukkan kepada kepimpinan Datuk Seri
Anwar sama ada dalam kalangan kepimpinan utama, sayap wanita mahupun Angkatan
Muda KEADILAN," katanya.
Sebaliknya,
menurut Johari, Mukhriz yang sepatutnya mencermin dirinya sendiri, bukankah
dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu beliau dan ayahnya Tun Mahathir
Mohamad bertanding menggunakan logo KEADILAN, yang dipertikaikan kepimpinan
utamanya?
Malah
prestasi Bersatu ketika itu tidak pula cemerlang, bertanding 52 kerusi menang
13 manakala parti Datuk Seri Anwar meletakkan 51 calon dan menang 50 kerusi.
"Mukhriz
harus sedar kecelaruan politik hari ini faktanya bukan disebabkan oleh
kepimpinan Anwar tetapi tindakan Tun Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri.
Sekiranya berlaku peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar pada awal 2020 lalu
tentunya kerajaan PH masih wujud sehingga kini dan mampu menunaikan janji janji
manifestonya.
"Manakala
kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak tidak boleh dijadikan
ukuran tahap populariti Datuk Seri Anwar. Hal ini kerana dua PRN itu memang
dirancang oleh pemerintah untuk menghadkan keupayaan PH mengumpulkan rakyat
dalam siri ceramah umum sebagaimana sebelum ini
"Ceramah
umum sejak 1998 telah menjadi pentas penggerak utama sokongan rakyat. Rakyat
yang berhimpun diberi penerangan mengenai situasi semasa negara. Dalam aksi
ceramah, tiada tokoh yang lebih berpengaruh berbanding Datuk Seri Anwar di
dalam PH. Tentunya apabila ceramah umum ditiadakan maka pengaruh Datuk Seri
Anwar dan seterusnya PH akan malap," katanya.
Tegas
Johari, faktor penindasan kerajaan BN - PN itulah yang seharusnya diteliti oleh
Mukhriz dan ditentang, apatah lagi Pejuang juga akan masuk pilihan raya dengan
Prosedur Operasi Piawai yang sama.
Bukan
memperlekehkan kepimpinan Anwar yang Mukhriz sendiri memperoleh manfaat ketika
bertanding menggunakan logo KEADILAN beberapa tahun lalu.
"Bagi
KEADILAN, pengaruh Datuk Seri Anwar tidak berkurangan dan kekal layak
dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 10.
"Sebaliknya
kepimpinan Tun Mahathir yang sudah tenggelam dan jauh dari hati penyokong PH
dan rakyat apabila beliau gagal menyerahkan kuasa kepada DS Anwar pada 2020
lalu
"Tindakan menghancurkan harapan rakyat dari Tun Mahathir inilah yang perlu dikaji oleh Pejuang akan kesannya kepada prestasi parti itu untuk muncul sebagai parti yang mempunyai taring dalam PRU 15 kelak," kata Johari lagi.
Semalam, Mukhriz dalam satu wawancara berkata masa kepimpinan Anwar sudah berlalu dan tiba waktunya untuk kumpulan baharu mengambil alih. Pendapat beliau bagaimanapun dipertikaikan warga net kerana prestasi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga tidak memberansangkan dan boleh dianggap sebagai 'kepimpinan yang sudah berlalu'
No comments:
Post a Comment