ANCAMAN KEPADA KETUA HAKIM NEGARA
Tindakan memberi ancaman kepada Ketua Hakim Negara, Tun
Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini merupakan satu hal yang melampau dan
belum pernah berlaku dalam sejarah.
Sekalipun pihak kehakiman sebelum ini pernah
mengendalikan kes-kes tinggi yang melibatkan hukuman tali gantung namun mereka
tidak pernah menerima elemen-elemen bersifat ugutan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah
Sani, isu tersebut dilihat serius sekalipun belum ada mana-mana laporan dibuat.
Tegasnya, tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan ketenteraman awam.
“Saya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman
serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),” ujarnya.
Tengku Maimun merupakan Ketua Hakim Negara juga merupakan
pengerusi bagi lima panel hakim bagi mendengar rayuan akhir yang sedang
berlangsung membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan sabitannya berhubung dana Syarikat SRC
International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
No comments:
Post a Comment