KAITKAN RASUAH DENGAN ETNIK TERTENTU TINDAKAN DANGKAL
Mengaitkan rasuah kepada mana-mana komuniti, etnik atau budaya tertentu adalah dangkal sepertimana dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bukan Islam dan bukan bumiputera merupakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara ini.
Rasuah adalah kejahatan sejagat yang tiada kaitan dengan mana-mana kaum dan budaya. Pihak yang cuba mengaitkan gejala rasuah dengan kaum tertentu mengambil langkah yang merugikan.
Pertamanya, semua agama menentang rasuah. Semua agama melarang amalan rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja dari sudut undang-undang tetapi moral juga. Di Malaysia, rasuah berleluasa pada 1980-an dan bertambah buruk pada 90-an kerana beberapa faktor seperti kronisme dan nepotisme. Kita perlu memahami sifat dan puncanya tanpa stereotaip dan mengaitkannya dengan mana-mana kumpulan tertentu.
Sudah tiba masanya kita memberi perhatian dan usaha yang serius ke arah membanteras penyelewengan ini dengan menanamkan rasa takut kepada Tuhan kepada semua orang apabila melibatkan rasuah.
No comments:
Post a Comment