PEMBUNUHAN KARAKTER TERHADAP ANWAR IBRAHIM.
Pembunuhan
karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim kes Liwat I & II, Siapakah DALANG
nya?
Kes Liwat I & II adalah fitnah dan tuduhan yang direka ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dalam konteks pembunuhan karakter atau Character Assassination menurut dan mengikut Sains Politik.
Pembunuhan Karakter/Character Assassination bermaksud ' FITNAH ' atau MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK BENAR menurut dan mengikut Sains Politik.
Character Assassination adalah sebahagian dari Sains Politik.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pengatahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik dan ingin tahu bagai mana pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut.
1. Pembunuhan Karakter atau Character Assassination bermaksud ' Fitnah atau Mengatakan hal yang TIDAK BENAR terhadap seseorang ' atau tokoh politik agar rakyat dan masyarakat tidak suka dan percaya kepada seseorang atau tokoh politik tersebut.
2. Seseorang atau tokoh politik yang menjadi sasaran pembunuhan karakter adalah seperti berikut:
I. Seseorang atau tokoh politik yang
terlibat dalam persaingan.
II. Seseorang atau tokoh politik
yang mewujudkan represantasi kekuatan Ideologi,Teori,Politik,Parti atau
pergerakan.
III. Seseorang atau tokoh politik
yang mempunyai status sosial yang tinggi dan berpengaruh.
IV. Seseorang atau tokoh politik
yang sukses dibidang tertentu seperti politik,pemerintahan dan lain-lain.
3.
Pembunuhan karakter biasanya dilakukan dalam bentuk KONSPIRASI oleh seorang
PERDANA MENTERI atau PRESIDEN yang ' BERSIKAP DIKTATOR ' dan ' BERKUASA MUTLAK
' menurut dan mengikut Sains Politik.
Pemimpin
yang berfahaman DIKTATOR terbahagi kepada dua:
1.
Pertama DIKTATOR yang terhasil dari rampasan kuasa atau kudeta,biasanya seorang
tentera,Contoh:
1. Idi Amin - Uganda.
2. Manuel Noriega - Penama.
3. Juan Carlos Ongania - Argentina.
Diktator
jenis ini menggunakan sepenuhnya kekuatan TENTERA untuk menghalang,menekan dan
membunuh musuh-musuh politiknya.
2.
Kedua DIKTATOR yang lahir dari pemilihan atau Pilihan Raya umum.
Diktator
ini dipanggil DIKTATOR BERPERLAMBAGAAN,Contoh:
1. Adolf Hitler - German.
3. Mustafa Kemal Ataturk - Turki.
4. Ferdinand Marcos - Philippines.
Diktator
berperlembagaan akan menggunakan sepenuhnya kekuatan Ketua Polis
Negara/Cawangan Khas untuk memfitnah,menekan,menghalang dan membunuh
musuh-musuh politiknya.
Ciri-Ciri
seorang DIKTATOR.
1. Tampan,Menawan dan Menarik.
2. Berkarisma.
3. Pintar dan Cerdik.
4. Memiliki selera untuk berkuasa
yang tiada had dan batasan ( Gila Kuasa ).
5. Berkuasa Mutlak.
6. Hipokrit/ Munafik.
7. Mahir menipu.
8. Menggunakan FITNAH dan
PEMBOHONGAN sebagai senjata utama dan banyak lagi.
Diktator
berperlambagaan yang BERKUASA MUTLAK akan ' MEMPERALATKAN dan MENGGUNAKAN
sepenuhnya kekuatan:
1. Ketua Polis Negara/Polis Cawangan
Khas.
2. Peguam Negara.
3. Ketua Hakim.
4. Mahkamah.
Untuk
MEMFITNAH,menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.
4. Fitnah
dan tuduhan yang direka ke atas seseorang dalam konteks ' Pembunuhan Karakter '
KELIHATAN BETUL dan BENAR kerana ia melalui proses siasatan Ketua Polis
Negara/Bahagian Siasatan Jenayah kemudian diambil tindakan oleh Peguam Negara
menerusi proses undang-undang serta Mahkamah dan akhirnya para Hakim membuat
keputusan mensabitkan yang difitnah bersalah padahal semua mereka mengikut
telunjuk dan arahan seorang DIKTATOR ( Perdana Menteri/Presiden ) yang BERKUASA
MUTLAK yang telah memberi arahan untuk menyadiahkan ' Bahan bukti yang
dirancang ' menurut Sains Politik.
Akhirnya
rakyat percaya kepada seorang yang di FITNAH benar-benar meliwat kerana proses
mensabitkan kesalahan dibuat dan dilakukan melalui proses undang-undang dan
Mahkamah.
Tetapi
rakyat dan masyarakat tidak tahu dibelakang proses fitnah ( Kes Liwat ) adalah
seorang Perdana Menteri atau Presiden yang memperalatkan dan menggunakan Ketua
Polis Negara/ Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Polis Cawangan Khas,Peguam
Negara,Ketua Hakim dan Mahkamah.
Perdana
Menteri atau Presiden yang berfahaman DIKTATOR dan BERKUASA MUTLAK boleh
melakukan apa sahaja kaedah untuk membunuh musuh-musuh nya menurut dan mengikut
Sains Politik.
5.
Pembunuhan karakter amat bahaya kerana sukar untuk mempertahankan diri kecuali
mereka yang ' Benar ' dan mempunyai semangat yang kuat dan tidak takut kepada
manusia kecuali Allah SWT.Mereka ini adalah orang-orang yang beriman.
6.
Jentera yang disusun demi menjatuhkan ' Imej ' seseorang atau tokoh politik.
7.
Jentera itu adalah kerajaan dan seluruh agensi dijadikan alat demi menghalalkan
cara.
8.
Berikut adalah alat atau komponen pembunuhan karakter.
I. Mewujudkan persepsi.
II. Menyadiahkan bahan bukti yang
dirancang.
III. Menyebarkan melalui seluruh
agensi untuk menghukum.
IV. Peralatkan seluruh sistem
pentadbiran seperti:
1.
Ketua Polis Negara/Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas.
2.
Peguam Negara.
3.
Ketua Hakim.
4.
Mahkamah.
5.
Media arus perdana bagi mempotret atau menggambarkan seseorang yang difitnah
seperti syaitan dan manusia hina.
V.
Menghukum untuk memusnahkan.
9.
Tidak ramai yang survive hanya yang benar-benar berwibawa berjaya
mempertahankan maruah sehingga diakhir hayat.
10.
Kesimpulan,kerana pembunuhan karakter dilakukan dengan cara ' Memfitnah dengan
tuduhan yang direka ' dan memanipulasi data maka faktor pembohongan memainkan
peranan yang sangat penting dalam hal ini.
Semakin
besar pembohongan itu ia semakin meyakinkan,maksudnya pembohongan harus diulang
dan diulang yang akhirnya orang ramai atau masyarakat percaya.
11.
Dalam pembunuhan karakter dua tokoh politik memainkan peranan penting ia itu;
1. Joseph Goebbel seorang menteri
dan ahli propaganda Rejim Nazi berkata;
' Pembohongan yang diulang-ulang
akhirnya akan dipercayai oleh masyarakat.'
2. Niccolo Machiavelli seorang ahli
strategi Italy yang terkenal dengan falsafah ' Matlamat menghalalkan cara.'
Matlamat menghalalkan cara bermaksud
seseorang pemimpin sanggup melakukan tektik kotor untuk mempertahankan kuasa
dan sanggup menelan kahaknya, menjilat ludahnya dan melutut kembali kepada
musuhnya asalkan matlamatnya tercapai.
Pembunuhan
karakter adalah sebahagian dari Sains Politik yang telah wujud sejak tahun 1787
di era atau zaman Napoleon Bonaparte.
Note.
1.
Siapa dibelakang dan yang melantik Ketua Polis Negara?
2.
Siapa dibelakang dan yang melantik Peguam Negara?
3.
Siapa dibelakang dan yang melantik Ketua Hakim Negara?
4.
Siapa dibelakang dan yang mengawal Mahkamah?
5.
Siapa dibelakang dan yang mengawal Media Arus Perdana.
Kes
Liwat I & II adalah konspirasi yang bertahaf tinggi hanya mereka yang
mempunyai pengatahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik boleh
memahaminya.
Siapakah
DALANG nya kes Liwat I & II?
Kes
Liwat I terbongkar campurtangan Kehakiman apa bila Ketua Hakim Datuk Eussouf
Chin disiasat.
Kes
Liwat II terbongkar campurtangan kehakiman apabila Hakim Mahkamah Rayuan Hamid
Sultan Abu Becker mendedahkanya.
Pandangan
Sains Politik.
No comments:
Post a Comment