APA ITU REFORMASI?.
Reformasi sistem dan pentadbiran dalam negara hanya akan benar benar berlaku bila Bapa Reformasi, Anwar Ibrahim diangkat dan diletakkan pada kedudukan sewajarnya.
Dalam negara kita, reformasi adalah terbit dari naluri, hati dan pemikiran Anwar Ibrahim.
Reformasi adalah bermaksud islah iaitu berubah dari keadaan yang ada sekarang pada yang lebih baik. Kalau dalam pentadbiran negara sekarang ia perlu berubah dan merupa satu paradigma kearah komitmen menukar sistem dan sikap pelaku yang mentadbir negara kepada yang lebih terampil.
Kenapa takut berubah kepada yang lebih baik?. Berubah atau reforms meninggalkan ciri negatif dalam pentadbiran seperti meningkatkan jatidiri setiap pelaku dalam pentadbiran negara. Dalam sistem pentadbiran pula ia perlu benar-benar memisahkan kuasa ekskutif dan kuasa legislatif.
Reforms bukan hanya disebut dengan kata-kata atau dicarik atas tulisan undang-undang sahaja. Reforms mendidik perilaku, komitmen dan kewibawaan dalam diri pelaku yang terlibat dalam pentadbiran negara.
Kenapa satu-satu negara, umpama Singapura lebih baik pencapaian pentadbiran negara mereka. Walaupun negara kecil dan tiada hasil bumi Singapura menjadi negara kaya dirantau Asia ini. Pastinya pemerintah Singapura telah melakukan reformasi sebaik ia terpisah dari Malaysia sejak 1963.
Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian sudah tiada masa lagi untuk mengekal sistem dan acuan lama yang sudah berjalan puluhan tahun.
Pentadbiran negara perlu reforms atas idea Anwar Ibrahim.
|
|
No comments:
Post a Comment