HANYA KERAJAAN STABIL DAPAT PULIH KESAN DASAR BURUK DR M, KATA PENGURUS DANA.
Proton,
produk program industri berat Dr Mahathir Mohamad, telah bertahun-tahun
bergelut dan bahagian pasarannya merosot daripada lebih 70% pada 1993
kepada 12.5% pada 2016, menurut Tan Teng Boo.
Kerajaan yang stabil dan dasar yang kukuh diperlukan untuk memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh dasar ekonomi Dr Mahathir Mohamad, kata seorang pengurus dana global. Tan Teng Boo, yang mengetuai kumpulan Capital Dynamics berkata, Malaysia masih menanggung akibat daripada dasar-dasar yang dimulakan beberapa dekad lalu.
Dalam wawancara bersama
FMT Business, beliau berkata, dasar Mahathir pada 1980an dan dalam kerajaan
Pakatan Harapan (PH) 2018-2020 telah merosakkan negara. Beliau memetik tumpuan
Mahathir terhadap industri berat dan pembangunan industri kereta nasional
sebagai contoh dasar tersebut.
Tan Teng Boo
“Mengapa kita, sebagai pasaran kecil pada masa itu, fikir kita perlu dasar kereta nasional sedangkan kita ada keutamaan lain?”
Beliau berkata Proton,
produk program industri berat Mahathir, telah bertahun-tahun bergelut dan
bahagian pasarannya merosot daripada lebih 70% pada 1993 kepada 12.5% pada
2016.
Masalahnya memuncak
dengan penjualan 49.9% kepentingan dalam syarikat itu kepada pembuat kereta
China Zhejiang Geely Holding Group pada 2017, selepas Mahathir berundur.
“Siapa yang membantah
Geely masuk? Orang yang sama. Jika anda tidak benarkan rakan kongsi asing
bekerja dengan Proton, apa masa depan Proton?”
Penjualan Proton
menyelamatkan dasar perindustrian berat Mahathir, katanya.
“Terima kasih kepada
Geely, dan CEO (Proton) yang cukup berkebolehan, mereka cuba mengejar (apa
yang) ketinggalan”.
Langkah ke hadapan
Tan berkata, Malaysia
memerlukan kerajaan yang cukup kukuh untuk menangani banyak masalah jangka
panjang, yang tidak mungkin dicapai tanpa kestabilan politik dan kepimpinan
yang bagus.
Beliau berkata, prestasi
pasaran saham baru-baru ini dikaitkan dengan ketidaktentuan politik dan
kurangnya keyakinan terhadap prospek jangka panjang Malaysia.
Bagaimanapun, pengeluaran
dana asing daripada Bursa Malaysia kepada bawah paras 10% menjadi trend yang
juga dilihat dalam pasaran pesat membangun yang lain, katanya.
Tan berkata, terdapat
keperluan bagi kerajaan untuk mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti dan ini
berakar umbi daripada kualiti pendidikan yang tinggi.
“Bukan sahaja di
peringkat universiti, (tetapi) dari sekolah rendah. Bukan sahaja universiti
(tetapi) juga institut vokasional dan institut pendidikan dan latihan teknikal
dan vokasional.
“Anda lihat Korea,
Jerman, mereka bukan sahaja menekankan ijazah tetapi juga kemahiran teknikal.
Mereka sangat dihormati dengan gaji dan prospek pekerjaan yang sangat bagus,”
katanya.
Tan berkata, ahli politik
perlu berfikir dan bertindak seperti negarawan kerana tadbir urus yang baik
adalah penting untuk memupuk bakat berkualiti tinggi.
Wujud keperluan untuk
mencapai keseimbangan antara dasar berasaskan kaum dengan dasar berasaskan
prestasi, katanya.
“Salah satu ekstrem tidak
sesuai untuk Malaysia,” katanya.
“Malaysia terlalu
menjurus kepada (dasar) berasaskan kaum, jadi kita perlu beralih lebih kepada
(dasar) berasaskan prestasi.”
No comments:
Post a Comment