JAWAPAN TERHADAP DR. MAZA
Saya tidak menganggotai
mana2 parti politik. Tetapi biar saya tegaskan bahawa saya adalah pendokong
sunnah Nabi (saw) yang tegar sejak 23 tahun lalu. Nak panggil saya Wahhabi,
lantaklah. Sikit pun saya tak heran. Dah 23 tahun saya begini. Melabel saya
Wahhabi ialah benda yang sangat remeh bagi saya dan saya tiada masa hendak
melayannya. Pada dasarnya, aliran pemikaran saya tidak jauh berbeza dengan
Mufti Perlis, tetapi saya amat tidak bersetuju dengan ijtihad dan pendirian
politiknya yang saya kira sempit kerana gagal mengambil kira konteks yang lebih
luas unuk negara ini.
Kefahaman saya kepada
sunnah Nabi (saw) membuat saya sangat benci kepada korupsi dan salah-guna kuasa
yang mengakibatkan kepada kezaliman serta amalan pilih kasih (double standard)
yang berleluasa oleh pemerintah. Baginda Nabi (saw) mengancam perkara ini
dengan kehancuran yang pasti berlaku ke atas mana2 kaum dan masyarakat yang
membiarkan kejelekkan ini bermaharalela dalam sesebuah masyarakat dan negara.
[Sahih Muslim, no. 1688].
Tidakkah perjuangan
menentang kezaliman ini patut dijadikan sebagai perjuangan paling utama yang
sekaligus akan memertabatkan kedudukan agama dan bangsa kita apabila keadilan
berjaya ditegakkan dan kedurjanaan rasuah serta amalan pilih kasih dapat
dibanteras?
Berdasarkan
kefahaman saya mengenai Fiqh al-Awlayyiyat, saya mengambil pendirian bahawa
keutamaan harus diberi kepada usaha bagi memastikan negara ini dipimpin oleh
barisan pemimpin yang kita yakin mereka mampu memerangi rasuah dan salah guna
kuasa dengan tegas dan berkesan, sementara masalah ektremis beberapa kerat ahli
DAP boleh diatasi melalui saluran undang2.
Jika kita gagal
meletakkan barisan pemimpin yang berani memerangi korupsi untuk memerintah
negara ini pada PRU-15 bulan depan, pasti negara ini akan hancur. Apabila
negara hancur dan tidak stabil, jangan haraplah Islam akan berjaya
dimertabatkan. Memelihara keamanan negara dari para perompak dan memastikan
kebajikan rakyat disantuni ialah kunci kepada kesejahteraan umat untuk beragama
dengan aman dan boleh dididik dengan berkesan.
Oleh itu, saya ingin
ajak umat Islam negara ini melihat pendirian Mufti Perlis berdasarkan kepada
fakta dan perspektif yang lebih luas. Jangan biarkan emosi dan sentimen
mempengaruhi perasaan benci yang meluap-luap terhadap 3 atau 4 kerat ahli parti
DAP hingga menguasai akal yang rasional, apatah lagi bila parti mereka sudah
berkuasa dan memerintah untuk membolehkan kira menilainya secara objektif.
Bukti mereka berkuasa dan memerintah sudah jadi realiti. Ia bukan andaian dan
khayalan lagi.
No comments:
Post a Comment