SCRIPT: Penghayatan Idealisme Masyarakat Madani
Oleh: Mustaffa Kamil Ayub
ULASAN: Pada tanggal 2 Oktober
2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) meluncur dan mengadakan dialog
SCRIPT-MADANI DSAI, "For A Better Malaysia" di Hotel Dorset Subang,
kelolaan IDE dan The Centre for Postnormal Policy & Futures Studies.
DSAI telah melakarkan dan membahaskan dengan cukup menarik dokumen
SCRIPT (Sustainability, Care and Compassion, Respect, Innovation, Prosperity,
Trust) dari segi visi, naratif, kerangka dan polisinya. Dokumen setebal 178 ms
ini sewajarnya dihayati dan disebarluaskan.
Dapat dikatakan SCRIPT adalah kesinambungan ide Masyarakat Madani
yang pertama kalinya dipopular oleh DSAI di Festival Istiqlal Jakarta 1995.
Masyarakat madani berteraskan moral
Definisi DSAI mengenai masyarakat madani adalah suatu masyarakat
dengan, "Sistem sosial yang subur berasaskan prinsip moral yang menjamin
keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat;
masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi
pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi, sistem sosial yang cekap dan saksama
serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang".
Sewaktu usrah bersama Ustaz Dr Razali Nawawi, Almarhum Dr Siddiq Fadhil dan sejumlah yang lainnya, kami banyak didedahkan dengan ide-ide masyarakat madani.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa gelombang kebangkitan dan
kesedaran Islam tahun-tahun 1970an, berjaya meletakkan Islam sebagai cara hidup
mencakup segenap dimensi. Ia telah digerakkan oleh DSAI dan sahabat-sahabat
seangkatannya termasuklah Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Razali Nawawi dan Ustaz
Siddiq Fadhil. Ini termasuklah kesedaran pemakaian tudung di kalangan wanita
Muslim.
Lahirnya Deklarasi Permatang Pauh
Buat rakyat Malaysia keseluruhannya masyarakat madani mengajak
kepada semangat inklusif, universal, tiada perkauman sempit, pembelaan mereka
yang miskin dan tertinggal, perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta
penghayatan nilai-nilai murni. Dialog antara agama, kaum serta peradaban
disemarakkan dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Penulisan, pengembangan dan
pelan tindakan berdasarkan idealisme masyarakat madani ini sewajarnya
dikembangkan oleh semua pihak. Dalam tahun-tahun 1980an ia juga diterjemahkan
dengan antara lain kewujudan Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam.
Walaupun selepas peristiwa 2 September 1998, garapan ide
masyarakat madani kurang mendapat perhatian. Secara peribadi, kami juga rasa
terpanggil dengan mengemukakan kajian tesis Sarjana@Master di UKM, 2002,
bertajuk Masyarakat Madani & Idealisme Politik.
Di peringkat awal Gerakan
Reformasi, ide masyarakat madani dan gagasannya ditandai dengan Deklarasi
Permatang Pauh (1998). Di dalamnya terangkum persoalan mengangkat karamah
insaniah, keadilan untuk semua, mendaulatkan kuasa rakyat melalui demokrasi,
keadilan ekonomi, membenteras rasuah dan salahguna kuasa, jati diri budaya dan
globalisasi berteraskan kebenaran dan keadilan.
Justeru, SCRIPT adalah
kepeloporan DSAI dalam menterjemahkan ide masyarakat madani dalam bentuk yang
lebih konkrit serta polisi-polisi yang terkait.
Bina Malaysia yang lebih baik
Berlatarbelakangkan senario
semasa negara dan global dengan kemelut ekonomi, krisis politik, serangan
pandemik Covid 19, SCRIPT meletakkan visinya "To build a sustainable and
prosperous Malaysia based on care and compassion, mutual respect, innovation,
and trust, where inclusiveness and equality is embraced by the whole nation -
ultimately a just Malaysian society".
DSAI memberikan komitmen dalam
membina Malaysia yang lebih baik melalui SCRIPT dengan penegasan "We must
now move beyond empty dan selfish pursuits of power, the myopic prejudices of
the past, and the complacent shady money politics that has taken hold of
Malaysia.......Through strong and truthful leadership, my government will not
only lead, but walk with its citizens, facing the trials of growth and carving
out a solid ethical framework for its actions".
Sejumlah 36 Keutamaan Polisi
dalam membina Malaysia Yang Lebih Baik terutamanya Pasca PRU15, termasuklah
mengurangkan gaji dan perbelanjaan Menteri, menghapuskan tol bagi B40,
menghapuskan hutang peneroka FELDA, melupuskan hutang PTPTN bagi B40, reformasi
sejumlah institusi, modernisasi sistem universiti dan pewujudan Pusat Luar
Bandar bagi ekplorasi Agro Pertanian 4.0 serta eco-tourism.
Beliau juga mengutip beberapa
potongan Ayat Al Quran dan Hadith serta sejumlah sentuhan tokoh-tokoh terkait
SCRIPT termasuklah Tunku Abdul Rahman, Ungku Aziz, Ziauddin Sardar, Syed
Hussein Alatas, Syed Muhammad Naquib Al Attas, Onn Jaafar, Sultan Azlan Shah,
David Colamder, Gordon Brown, Shakespeare, Peter Drucker, Confucius dan Bhim
Rao Ambedkar.
Penulis merupakan koordinator
Gabungan Reformis Malaysia dan Presiden Rapat Rakyat
No comments:
Post a Comment