ANGKAT SEMULA EKONOMI, KEMBALIKAN PELUANG PEKERJAAN
Ekonomi Malaysia yang lembab dan semakin buruk perlu diangkat kembali sebagai Tiger of Asia bagi menjamin lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, hanya dengan perubahan ke atas kerajaan pada 19 November
ini kerajaan baharu yang diyakini pelabur boleh dibentuk
“Malaysia kena kita angkat semula sebagai
gergasi ekonomi Asia, baru dapat peluang pekerjaan, dapat pelaburan, orang
hormat, tak ada rasuah, tak ada komisen. Pelabur boleh datang dan yakin dengan
kita. Bila macam itu (hasil bertambah) soal masalah air boleh selesai. Tetapi
kalau kita curi, sampai kiamat tak boleh selesai.
“Sebab itu kita mahu orang macam Husam
menang sebab dia tegas. Dia boleh bantu pertahan hak Melayu, pertahan Islam tetapi
kita mahu hidup dengan semua kaum aman damai.
“Tetapi kalau nak perubahan itu, Pasir
Mas kena menang. Kalau tak jumlah kerusi tak cukup. Jadi minta tolong adik
kakak,” katanya dalam ceramah bersama calon Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan,
malam tadi.
Anwar turut menyingkap nostalgia ketika
Malaysia berada di puncak kejayaan pada era 1990an dan menjadi negara utama
Pelaburan Langsung Asing (FDI) serta pasaran kewangan nombor satu Asia Tenggara
ketika beliau menjawat Menteri Kewangan.
“Masa saya dulu Menteri Kewangan negara
nombor 1 pertumbuhan ekonomi, nombor 1 bursa saham Kuala Lumpur, nombor 1 kadar
menganjuran pelaburan masuk dalam negara.
“Sekarang lingkup semua, ringgit merudum
jatuh. Tanya Menteri Kewangan tak ada masalah. Tanya Pas, jangan tolak parti
Islam. Orang makan pun tak ada. Letak Muhyiddin PM dia kata saya berjaya (kawal
Covid 19). Berjaya apa, sekatan PKP paling lama di dunia, 2 tahun. Orang nak
berniaga cari nafkah pun tak boleh. Ada Ahli Parlimen Pas bangkit bantah, tak
ada,” katanya.
Oleh itu, Anwar mahu rakyat Kelantan
berfikiran jauh dalam PRU 15 ini dengan menolak parti BN – PN yang bersekongkol
bukan untuk memajukan negara tetapi mencekik leher rakyat.
“Kita nak rakyat Kelantan fikir masa
depan mereka. Ini bukan soal Husam nak jadi Ahli Parlimen atau Anwar nak jadi
PM.
“Ahli Parlimen Pasir Mas dah tukar banyak
kali, rakyat macam itu juga. Miskin macam itu juga. Masalah asas dalam hidup,
air bersih tak selesai.
“Saya datang Kelantan tak tau beza teh
susu dengan air. Tapi moto PN sekarang ini bersih dan stabil. Saya nak nasihat
kawan kawan dalam Pas, bersih air dulu. Air bersih itu penting untuk kehidupan
rakyat.
“Kalau
dulu dia bukan dalam Kerajaan Persekutuan. Ini 3 tahun dah dalam Kerajaan
Persekutuan. Menteri pun ramai, menteri air orang Pas. Selesaikan lah tunggu
apa lagi? Bila saya cakap macam ini dia kata anti ulama,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment