P PINANG AKAN TERUS DIKETEPI
Zairil Khir Johari berkata, Pulau Pinang memerlukan kerajaan persekutuan yang akan membantu dalam pembangunan negeri, bukan menyusahkan mereka.
Pulau Pinang akan terus diketepikan kerajaan persekutuan, jika Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan, kata Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari.
Beliau berkata, ini jelas selepas PN mengambil alih Putrajaya
pada 2020, diikuti BN setahun kemudian, kerana dana persekutuan hanya
disalurkan ke negeri itu apabila mereka berkuasa.
Sejak 2020, katanya, hanya ada sebuah projek tebatan banjir yang
diluluskan di Pulau Pinang, dan itu juga untuk kawasan PN.
Kemudian, didedahkan kawasan itu ialah Seberang Jaya, yang kini
disandang Dr Afif Bahardin, yang melompat daripada PKR ke Bersatu pada 2020.
Zairil berkata, semasa PH memerintah, projek utama tebatan
banjir dan projek lain bernilai lebih RM240 juta diluluskan. Projek itu tidak
diumumkan sebelum PH mengambil alih.
No comments:
Post a Comment