MALAYSIA MADANI
Konsep “Malaysia
madani” (masyarakat sivil) menggagaskan sebuah negara yang menekankan
kemanusiaan dan nilai-nilai murni seperti tadbir urus yang adil, saksama dan
berkesan.
Madani
merupakan akronim yang digubah daripada enam nilai teras yang mendasarinya –
kemampanan, kemakmuran, inovasi, hormat, kepercayaan dan belas kasihan.
Dalam
menjelaskan konsep Malaysia madani, PM menegaskan bahawa pertumbuhan dan
pembangunan mesti dicapai di dalam konteks ekonomi berperikemanusiaan yang
mengutamakan keperluan rakyat.
“Malaysia
mesti dikenali sebagai negara madani yang makmur, adil dan menolak sebarang
bentuk kezaliman terhadap mana-mana individu atau kaum. Ia mesti menjadi sebuah
negara yang terkenal dengan semangat baharu,” kata Anwar.
Enam
nilai murni di bawah konsep madani sememangnya wajar disokong oleh semua pihak
yang percaya kepada keadilan dan kesaksamaan untuk semua.
Namun,
ia harus dibuktikan. Anwar dan pasukannya perlu berhati-hati dengan program dan
dasar yang bertentangan dengan nilai madani.
Misalnya,
kontroversi baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent
di Johor Bahru mengenai program khas bagi pelajar lemah yang terdiri daripada
kaum Melayu tingkatan lima yang sedang mempersiapkan diri untuk peperiksaan
SPM.
Sekiranya
program khas itu dibenarkan kepada semua pelajar tingkatan lima yang lemah
dalam pelajaran tanpa mengira etnik mereka, pasti tidak akan ada kekecohan oleh ibu bapa
pelajar dari kaum lain.
Tindakan
telah dilaksanakan di sekolah itu sekarang bagi menguruskan isu ini: pengurusan
sekolah mengumumkan ada nada sesi berasingan bagi pelajar lemah dari etnik
lain.
Persoalan
besarnya ialah, apa keperluan untuk mengasingkan pelajar mengikut etnik pada
awalnya? Sekolah adalah tempat yang sesuai untuk memupuk persahabatan dan
ikatan muhibah.
Dengan
motivasi yang sesuai, para pelajar, tanpa mengira etnik atau agama, akan
bergaul dengan baik sekali gus memupuk semangat setiakawan yang selalunya kekal
seumur hidup.
Sebaliknya,
program yang mengasingkan pelajar mengikut etnik hanya akan mendorong
perpecahan antara mereka.
Di
bawah konsep madani, pengasingan pelajar mengikut kaum atau etnik sepatutnya
tidak akan berlaku. Menteri pendidikan dan pasukannya mesti menyemak dengan
teliti semua aktiviti dan program ini dan memastikan amalan diskriminasi
tersebut dihapuskan.
No comments:
Post a Comment