ADA KOMPLOT JATUHKAN KERAJAAN
Anwar (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Syed Hussian
Syed Junid pada Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan MADANI Amanah
Ikhtiar Malaysia Wilayah Terengganu pada Rabu.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa wujudnya
komplot untuk menjatuhkan kerajaan.
Menurutnya,
Kerajaan Perpaduan yang dipimpininya tidak mengizinkan mana-mana pihak untuk
mencuri wang atau menghukum sesiapa sewenang-sewenangnya.
"Ada
usaha yang bangkit untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan yang
saya pimpin, tidak mengizinkan orang curi duit, tak izinkan orang hukum
sewenang wenang.
"Masih
tetap Islam. Masih tetap jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera. Jadi, tidak
adillah untuk memfitnah seolah-olah kita tinggalkan Islam dan tinggalkan agama
dan hanya kelompok tertentu saja jaga Islam dan agama," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis Karnival Sahabat Usahawan Madani
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pada Rabu.
Dalam
pada itu, Perdana Menteri turut meminta pengurusan AIM untuk mengadakan
perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk mencari jalan tambahan untuk meningkatkan
minat anak-anak dalam Matematik dan Sains menerusi kursus tambahan.
Sementara
itu, AIM menerima empat pengiktirafan secara serentak daripada Malaysia Book of
Records untuk empat rekod kebangsaan bersempena Karnival Sahabat Usahawan
Madani Amanah Ikhtiar Malaysia itu.
Empat
pengiktirafan itu adalah seperti berikut:
-
Mesyuarat Usahawan Wanita Terbesar Secara Online: dari 4,491 pusat
-
Pembiayaan tertinggi diluluskan secara serentak kepada usahawan wanita:
RM32,077,220.00
-
Bacaan ikrar oleh usahawan wanita teramai:183,112 orang
-
Kehadiran ahli mesyuarat usahawan wanita teramai: 183,112 orang. - AWANI
No comments:
Post a Comment