Kerajaan cari dana tampung penyelarasan gaji pekerja swasta.
Beliau
berkata, tidak banyak negara yang melakukan perkara itu tetapi Kerajaan Perpaduan
tetap akan memikirkan tentang bagaimana kaedah dan pelaksanaannya.
"Pimpinan
mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk
perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta.
"Pekerja
kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion
ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum. Jadi, keputusan kita
ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja itu
ditingkatkan,” katanya.
Anwar
berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun
di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini pada Rabu.
Bagi
penyelarasan gaji sektor awam, Anwar berkata keputusan bagi kadar gaji dan upah
baharu akan diumumkan sama ada dalam Belanjawan Madani 2024 atau pada awal
tahun hadapan selain peruntukan lebih khusus untuk usahawan juga akan diumumkan
di dalam belanjawan itu.
Sementara
itu, Anwar berkata, negara ini juga bergantung kepada usahawan kecil dan
sederhana dalam usaha untuk mengembangkan ekonomi Madani.
"Ia
berkait dengan (isu) menokhtahkan kemiskinan. Program perlu dibuat supaya
kelompok ini tidak dipinggirkan... dan ia memerlukan komitmen politik yang
jelas," katanya.
No comments:
Post a Comment