𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥, 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥
1. Bila kerajaan
umumkan pelaburan diluluskan RM329.5bil terbesar dalam sejarah, pembangkang
gelisah.
2. Semasa Kerajaan
Tebok Atap, diumumkan juga lulus 'pelaburan terbesar dalam sejarah' tapi tidak
pula dipertikai PN-PAS.
3. PMX ke hulu dan ke
hilir mempromosi dan berjumpa syarikat2 dan pelabur. Kelmarin di Australia,
hari ini di German (rakan dagang terbesar dikalangan negara europe).
4. Pembangkang pula
hari2 membuat cerita dongeng 'tebok atap' dan mewujudkan sentimen negatif untuk
takutkan pelabur.
5. Tun M turut
menasihati 'orang luar' supaya tak perlu datang ke Malaysia. Orang seperti
Isham Jalil pula hari2 cuba yakinkan seakan-akan Malaysia kini bukan destinasi
pelaburan terbaik.
6. Penutupan kilang
Goodyear sengaja diperbesarkan walhal itu sebahagian dari plan penstrukturan
semula syarikat Goodyear seluruh dunia untuk jimatkan USD1bil sebelum 2025.
Banyak kilang Goodyear lain turut ditutup di UK, German, US dll. Meniaga ni kan
ada pasang surut. Pasaran tayar pun dah banyak berubah.
7. Haji Hadi berucap di
Parlimen mengkritik nilai pelaburan yang diumumkan. Tetapi saya juga tertanya,
berapa ramai pelabur timur tengah yang berjaya ditarik semasa dia menjadi duta
khas bertaraf menteri (dan berpencen)?
8. Gambar2 berjumpa syarikat2
dan pelabur2 timur tengah tidak kelihatan berbanding gambar2 memancing ikan
yang lebih banyak disebarkan.
9. PMX pula agresif
berjumpa kapten2 syarikat terkemuka. Tentulah ada yang berjaya, ada yang tidak.
Tetapi lebih banyak promosi, lebih besarlah peluang kita.
10. Di Australia, PMX
berjumpa 18 Syarikat malah berjumpa secara satu dengan satu untuk mendengar
pandangan. Syarikat mohon keizinan melabur dengan RM24.5bil nilai pelaburan dan
1,200 potensi peluang kerja mahir dijana. Kita dapat juga potensi RM962.1 juta
nilai eksport dari pelbagai produk.
11. Berbanding
pembangkang yang hanya jadi 'jaguh kampung', PMX manfaatkan hubungan baiknya
dengan pemimpin dunia dan kebolehan berbahasa inggeris dengan mantap untuk
membina hubungan diplomatik dengan pemimpin antarabangsa, menarik pelabur2
asing dan juga suarakan pendirian kita khasnya isu di Gaza.
No comments:
Post a Comment