March 09, 2024

 PMX BERTEMU PERSATUAN PEMANDU TEKSI

 

Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dan mengambil berat masalah pemandu teksi disanjungi oleh Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain.

Menurut beliau, PMX telah menemui dan mengambil maklum masalah pemandu teksi dalam pertemuan mereka beberapa minggu lalu dan semalam telah memberikan bantuan kewangan kembali ke sekolah kepada anak anak pemandu teksi GTSM bagi mengurangkan beban membeli kelengkapan pendidikan.

"Saya berjuang dalam industri teksi ini sudah lama. Saya melalui banyak PM. Inilah PM pertama dalam sejarah, baru setahun menjawat PM membuka pintu mendengar masalah kami.

"PM sebelum ini bukan sahaja tidak balas surat, jumpa kami pun tidak. Datuk Seri Anwar bukan sahaja membalas surat permohonan, bahkan membuka pintu mendengar masalah rakyat bawahan. Kami terharu dengan keprihatinan dan kecaknaan beliau," katanya.

Menurut Kamarudin, dalam pertemuan tersebut 3 cadangan telah diserahkan.

Pertama, kerajaan dicadang membenarkan kenderaan recon (diperbaikkan) dari luar negara untuk diperkenal dalam industri teksi dengan jenama Malaysia Madani Yellow Cab dan Black Cab.

"Sebab kalau nak suruh pemandu beli (kereta) baru tak mampu. Kalau boleh bawa masuk (kereta recon) dari Jepun, Singapura maka mereka mampu

"Kedua, kami cadangkan untuk menubuhkan aplikasi e-hailing milik kerajaan, kerana ia melibatkan masalah rakyat. Ini bukan isu kecil, hari ini kita dapat lihat berbilion wang dari industri telah dipunggah ke luar negara (akibat aplikasi syarikat luar) tanpa memberi manfaat kepada pemandu teksi.

"Tetapi jika aplikasi ini milik kerajaan maka wang terkumpul hasil komisen kita boleh pakai untuk tambah baik industri teksi, beli insurans berkelompok, pinjaman mudah dan lain lain," katanya.

Cadangan ketiga pula, jelas Kamarudin, GTSM mahu kerajaan fokus masalah kadar tambang e-hailing yang tidak ada harga lantai.

Katanya, apabila syarikat e hailing bersaing sesama mereka dengan merendahkan tambang maka bukan pemandu e-hailing sahaja teraniaya tetapi pemandu teksi juga terkesan kerana rakyat akan memilih kadar tambang paling murah.

Farhan menyerahkan sumbangan tunai peribadi DS Anwar kepada anak anak pemandu teksi

Dalam pada itu, Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi yang menyerahkan sumbangan peribadi PM kepada anak anak pemandu teksi tersebut berkata, bantuan terbabit diharap meringankan beban para pemandu teksi dalam menyediakan kelengkapan anak anak mereka memulakan sesi persekolahan baharu 11 Mac ini.

"Majlis ini (adalah untuk) anak anak pemandu teksi yang kurang berkemampuan. Kita beri dalam bentuk wang tunai 200, boleh beri kelengkapan macam beg sekolah dan sebagainya

"Sumbangan ini dari Datuk Seri Anwar sendiri," katanya.

 


No comments:

Post a Comment