DR. KHAIRUDDIN DILANTIK KETUAI J-KOM.
Dr. Khairuddin Othman secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi menggantikan tempat Dr Mohd Agus Yusof.
Khairuddin ialah bekas
Adun Paya Jaras dan sekarang merupakan Setiausaha PKR Selangor.
Sebelum menyertai PKR,
beliau adalah ahli Pas yang memenangi kerusi Dun Paya Jaras buat kali pertama
pada PRU13. Pada PRU14, setelah keluar Pas dan menyertai PKR, beliau sekali
lagi berjaya memenangi kerusi tersebut atas tiket PH.
Bagaimanapun dalam PRN
Selangor tahun 2023 yang lalu, Khairuddin gagal mempertahankan kerusi Dun Paya
Jaras apabila PN melalui calonnya, Ab Halim Tamuri berjaya merampas kerusi
tersebut.
Dengan Dr Khairuddin
yang berkelulusan PhD dalam bidang pengajian media dan perang saraf dilantik
mengetuai J-Kom, isu kelemahan media serta komunikasi yang dihadapi kerajaan
ketika ini boleh dikira selesai dengan sendirinya.
Sudah tentu Dr
Khairuddin dengan kelulusannya itu memiliki kepakaran, pengetahuan, idea dan
cara bagaimana untuk menggerakkan J-Kom terlihat lebih berperanan mengungguli
perang di alam maya yang ketika ini secara majoritinya kandungan yang anti
kerajaan.
Meskipun J-Kom
tentunya ada tugas serta peranan lain selain berperanan di media sosial, tetapi
haruslah diingat dunia sekarang ialah dunia maya.
Kata orang sekarang,
siapa menguasai dunia maya, dialah yang menguasai dunia.
Lagi pun, sejak
kebelakangan ini kesian juga melihat Anwar Ibrahim digasak teruk di media-media
sosial, terutama berkenaan janji-janji lamanya yang dituntut untuk ditunaikan
setelah kuasa kini berada dalam genggamannya.
Maka itu, J-Kom di
tangan Dr Khairuddin mesti menguasai dunia maya, terutama dalam mempertahan dan
membela Perdana Menteri, termasuk dalam waktu yang sama, beliau sendiri juga
mestilah secara automatik menjadikan dirinya sebagai seorang yang paling aktif
di pelbagai platform media sosial.
Jika gagal berperanan
aktif, sejarah Dr Agus pasti hanya menunggu masa saja untuk menghempapnya nanti.
No comments:
Post a Comment