January 03, 2025

SEMUA TIDAK KENA DI MATA PEMBANGKANG

Mon, Dec 2, 2024

 

Membaca kecaman komen2 netizen menghentam Fadhlina Sidik ketika memberi jawapan di Parlimen mengenai pendirian Kementerian Pendidikan Malaysia kekal mansuhkan UPSR dan PT3 semalam sangat prejudis.

 

Saya tidak menyalahkan Fadhlina yang saya anggap seorang Menteri yang sangnt komited sebagai Menteri. Sebab itu tempoh 2 tahun Kerajaan Madani ini, dia masih antara 10 Menteri terbaik pilihan saya.

 

Saya lebih menyalahkan Pegawai2 di Kementerian Pendidikan tersebut ( KP, TKP dan Pengarah2). Alasan unthk mengurangkan tekanan murid walaupun berfakta tetapi ia belum kuat menyokong keputusan tersebut. Ia kurang akademik, tidak holistik dan bukan jawapan yang tuntas atas keputusan tersebut. 

 

Kecaman netizen kepada Fadhlina lebih kepada kebencian kepartian bukan kerana keputusan tersebut. Selain tiada hujah dengan fakta, rata2 mereka yang tidak menyokong itu bila diselidiki adalah penyokong parti2 tertentu berdasarkan content wall mereka.

 

Ketika Radzi Jidin mansuhkan UPSR dan PT3 tidak sekecoh sekarang. Hanya guru2 ketika itu merasa tidak senang kerana mereka terpaksa mengubah sistem pengajaran.

No comments:

Post a Comment