January 03, 2025

𝗠𝗔𝗛𝗕, π—šπ—œπ—£ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—Ÿπ—”π—–π—žπ—₯π—’π—–π—ž

Wed, Jun 26, 2024, 12:59PM

1.  Pembangkang fitnah kerajaan jual hak Malaysia dalam MAHB kepada pelabur asing.Kalau

 dijual hak Malaysia, tentulah share kerajaan makin kurang. Ini makin bertambah banyak! Dari

 41% jadi 70% melalui KWSP dan Khazanah. Pembangkang tak pandai mengira ke?

 

2.  Ketika ini 32% saham dipegang pelabur lokal. Pelabur luar memang dah pegang 27% dan pernah capai sehingga 45% tahun 2018. Tak bising pula 'pintu masuk negara' dipegang pelabur luar?.

 

3.  Selama ini, dengan 41% bukan kerajaan control sepenuhnya MAHB pun, Tapi selepas ni, MAHB akan balik semula kepada kawalan kerajaan dengan 70% pegangan.

 

4.  Sejak 2012, KWSP dah ada kerjasama dengan GIP. Bahkan KWSP juga ada kepentingan dalam airport Gatwick dan Sydney. KWSP dah lama berunding dengan GIP untuk kerjasama ini dan rundingan dah selesai. Kerajaan tak pernah berunding dengan Blackrock pun selama ni. (GIP - Global Infrastructure Partner).

 

5.  Hanya tahun ini tiba2 Blackrock kata berminat nak beli saham GIP. Itu pun belum final. Pelaburan GIP dalam MAHB ini kecil je hanya 5% dari keseluruhan portfolionya USD112bil seluruh dunia sebagai pengurus infrasturuktur terkemuka. Kepakaran itu yang nak dibawa masuk selain nak suntik dana.

 

6.  PMX kata Modal yang akan masuk RM10bil jika kerjasama dengan GIP ini dibuat. Boleh guna untuk majukan business MAHB dan bangunkan Airport. Tak perlu kerajaan berhutang dan dana negara boleh diguna ke tempat lain.

 

7.  GIP dan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan beli dari 27% saham yang memang kini dipegang pelabur luar dan akan jadi 30%. Jadi tuduhan pembangkang tu fitnah.

 

8.  MAHB hanya pengurus airport. Airport tu kekal hak milik kerajaan. Sama seperti airport Sabiha GΓΆkΓ§en Istanbul yang MAHB urus, airport tu masih kekal milik kerajaan Turkiye.

 

9.  Tawaran dibuka pada banyak pihak, dari 145 syarikat, yang layak hanya 5. Tapi yang setuju dengan syarat kerajaan hanya GIP. Iaitu syaratnya, CEO dan Pengerusi serta saham majoriti kita yang pegang. Tak banyak yang sanggup.

 

10.  Masa Tebok Atap tahun 2021, KWSP berunding terus dengan Blackrock. USD600juta dana patuh syariah terbesar dalam sejarah diserah kepada Blackrock untuk diuruskan. 10 hari sebelum itu, G4-za diserang. Halal pula? Mana semua walaun?

 

11.  Kerajaan Madani paling tegas halau Syarikat Is-ra-el. Kapal yang masuk zaman Tebok Atap pun dihalang zaman Madani. Tapi kalau syarikat besar yang Pro-Is-rael nak dihalau, bukan Blackrock je, APPLE, Google, Microsoft, NVIDIA, Intel, Facebook yang kuasai Whatsapp dan Instagram semua lah kena halau keluar.

 

12.  Pembangkang dah terpedaya dengan propaganda zi0rnih yang kata gen0sid di P4lestin ni baru je start, walhal dah 75 tahun gen0sid ni berlaku.

 

No comments:

Post a Comment